Hisap vape dipercayai punca kes buli di Ranau

3 Sep 2023 • 12:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Menghisap vape di asrama dipercayai menjadi punca beberapa pelajar dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini.

Klip video kejadian itu tular di media sosial sejak Jumaat. Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata polis menahan 10 pelajar sekolah terbabit bagi membantu siasatan.

“Lima pelajar ditahan semalam (Jumaat) dan lima lagi hari ini (Sabtu), kesemuanya berumur 15 hingga 17 tahun,” katanya ketika dihubungi, Sabtu.

“Semua pelajar itu kini dalam tahanan polis dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan ke atas mereka selesai.”

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Tambahnya, siasatan awal menunjukkan kejadian itu berlaku pada 3 Ogos sebelum ia tular di media sosial pada Jumaat.

“Kejadian dipercayai bermula selepas salah seorang pelajar memukul empat yang lain dikatakan tidak berpuas hati dengannya menghisap vape di asrama,” kata Simiun sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengancam.

Pada Jumaat, klip video berdurasi lima minit dan 33 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial. Mereka dilihat berbincang sesuatu sebelum beberapa pelajar menampar, menumbuk dan menendang beberapa pelajar lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.