Hishammuddin sambung jawatan, Zahida dilantik Ketua Puteri BN

Politics
15 Aug 2022 • 10:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hishammuddin, Zahida

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengesahkan penyambungan pelantikan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi tempoh dua tahun. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, penyambungan Hishammuddin adalah selaras dengan Perlembagaan gabungan itu, Fasal 8.3.E. "Selaras dengan Perlembagaan Barisan Nasional, Fasal 8.3.E, Mesyuarat Agung Dewan Tertinggi mengesahkan penyambungan pelantikan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bagi tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita ditemui selepas mesyuarat tersebut pada Isnin. Sementara itu, beliau juga mengesahkan pelantikan, Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan sebagai Ketua Puteri BN. "Dewan Tertinggi juga bersetuju mewujudkan Puteri BN bagi menyelaras pergerakan wanita muda di semua parti-parti komponen. "Sehubungan itu, Datuk Zahida Zarik Khan dilantik sebagai Ketua Puteri BN," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved