‘Hisyamuddin masih koma, alami kecederaan otak serius selepas kemalangan’

LocalFamily & Parenting
21 Sep 2025 • 3:32 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebuah kisah menyayat hati dikongsikan oleh seorang wanita mengenai keadaan sepupunya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama adiknya pada 29 Ogos lalu. Insiden yang berlaku di Lebuhraya Duke itu telah merubah kehidupan keluarga tersebut, yang sememangnya berdepan dengan dugaan berat.

Menurut wanita itu, kedua-dua mangsa berusia 18 dan 15 tahun mengalami kemalangan motosikal. Lebih memilukan, ibu bapa mereka merupakan golongan OKU pekak dan bisu, manakala si ayah pula menghidap strok.

“Mula-mula mak dia ingat abang dah tak ada sebab terkulai jatuh. Mereka jatuh sendiri dekat corner highway duke. Tapi alhamdulillah abang masih lagi bernafas dan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Anak sulung berusia 18 tahun itu kini berada dalam keadaan separuh koma. Walaupun matanya terbuka, beliau masih tidak memberikan sebarang respon dan tidak mampu bersuara. Menurut laporan doktor, dia didiagnos mengalami severe traumatic brain injury.

“Setiap hari keluarga berdoa supaya dia sedar dan terjaga. Cuma tangan dan kaki belum bergerak, suara tak keluar, masih lagi belum pulih,” jelasnya.

Dengan keadaan ekonomi keluarga yang serba kekurangan, ahli keluarga terdekat tampil menghulurkan bantuan untuk membeli barangan keperluan harian.

image is not available
Gambar yang dikongsikan di Thread t4sh444

Lebih menyentuh hati, si ibu yang bisu tetap setia menjaga anaknya di hospital. Beliau berulang-alik ke HKL menggunakan basikal dan MRT untuk pulang ke rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Pada 18 September lalu, selepas hampir tiga minggu dirawat, anak sulung itu dibenarkan pulang ke rumah walaupun masih belum sedarkan diri sepenuhnya.

image is not available

Dalam sebuah hantaran video yang tular, ibu dan bapa kepada remaja berkenaan mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan bantuan serta doa.

“Makcik dan pakcik saya ucap terima kasih banyak atas doa dan bantuan semua. Mereka betul terharu dengan keprihatinan dan kebaikan semua rakyat Malaysia,” tulisnya.