HKL kesan waris pesakit dikenali ‘Thambirajan’

LocalHealth & Fitness
22 Sep 2026 • 10:27 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) meminta bantuan orang ramai mengesan waris seorang pesakit yang hanya dikenali dengan nama gelaran ‘Thambirajan’ selepas identitinya gagal dikenal pasti.

Pengarah HKL, Datuk Dr Harikrishna K.R. Nair berkata, pesakit berkenaan sedang menerima rawatan di HKL sejak 17 Ogos lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat strok.

Menurutnya, pesakit itu tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, selain tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya.

“Siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL juga mendapati pesakit gagal memberikan nama penuh dan nombor kad pengenalannya.

“Pesakit hanya menyatakan nama gelaran yang digunakan sebagai ‘Thambirajan’,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, katanya, pesakit turut dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai identitinya, namun maklumat yang diperoleh tidak sepadan dengan mana-mana rekod dalam simpanan jabatan berkenaan.

Sehubungan itu, HKL meminta ahli keluarga, kenalan atau mana-mana individu yang mengenali pesakit supaya tampil menghubungi pihak hospital bagi membolehkan urusan rawatan dan penjagaan lanjut dibincangkan bersama waris.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pesakit boleh menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL di talian 03-2615 5959. – UTUSAN

The post HKL kesan waris pesakit dikenali ‘Thambirajan’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved