HLB Islamic salur RM138,600 pembiayaan kepada melalui SURI Inspirasi

Business & Finance
23 Sep 2026 • 3:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: HLB Islamic salur RM138,600 pembiayaan kepada melalui SURI Inspirasi

PETALING JAYA: HLB Islamic menyalurkan pembiayaan sebanyak RM138,600 kepada perusahaan sosial SURI Inspirasi (SURI) di bawah kerangka iTEKAD Bank Negara Malaysia (BNM), selaras dengan komitmen untuk memperkasakan ekosistem perantaraan berasaskan Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI).

Inisiatif itu secara langsung menyumbang kepada peningkatan purata pendapatan bulanan sebanyak 94 peratus serta menjana jumlah pendapatan baharu melebihi RM14,000 bagi usahawan yang menyertai program Sustainable Reliable Income (SRI) anjuran SURI.

Ketua Pegawai Eksekutif HLB Islamic, Dafinah Ahmed Hilmi berkata, visi bank dalam pengurusan kewangan berteraskan Hayat @ HLB Islamic iaitu pengurusan harta dilihat sebagai satu perjalanan yang bermula dengan penciptaan harta.

“Melalui kerjasama dengan SURI, kami menyediakan alat dan latihan asas yang diperlukan oleh komuniti untuk mencungkil potensi keusahawanan mereka.

“Kami berharap usaha ini akan menjadi pemangkin kepada perjalanan pembinaan kekayaan berterusan ke arah kebebasan kewangan yang bakal memperkayakan komuniti untuk generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan.

HLB Islamic berkata, program SRI memperkasakan komuniti berpendapatan rendah untuk mengitar semula sisa fabrik menjadi barangan fesyen yang unik, yang secara langsung mewujudkan peluang pekerjaan dan memupuk semangat keusahawanan, di samping mempromosikan fesyen sifar sisa serta pemerkasaan komuniti.

“Usahawan yang terlibat, yang majoriti ibu tunggal berpendapatan rendah telah menghasilkan 1,000 pasang pakaian seragam sekolah untuk pelajar bagi lima buah sekolah di Langkawi, sekali gus menjana penjimatan sebanyak RM30,000 bagi keluarga tempatan.

“HLB Islamic meraikan pencapaian ini menerusi penyerahan mesin jahit berkualiti tinggi kepada para usahawan yang terlibat, menandakan peralihan daripada pembelajaran di dalam bilik darjah kepada pemilikan perniagaan secara aktif,” ujarnya.

Tambahnya, kejayaan ini menandakan satu pencapaian penting dalam kerjasama berterusan antara HLB Islamic dan SURI, yang mula menyertai ekosistem bank ini sebagai peserta inisiatif HLB Jumpstart.

“Diperkenalkan bagi memupuk perusahaan sosial Malaysia yang berimpak tinggi menerusi bimbingan komersial, penjenamaan, serta pembinaan kapasiti digital, HLB Jumpstart telah menyediakan kerangka awal kepada SURI untuk memperluas operasinya.

“Hal ini membuktikan strategi jangka panjang bank dalam memupuk usaha sosial menjadi rakan pelaksana berdikari yang mampu memberikan impak yang lebih meluas,” jelasnya. – UTUSAN

The post HLB Islamic salur RM138,600 pembiayaan kepada melalui SURI Inspirasi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved