HLC diwujud untuk cungkil bakat sukan tempur, olahraga dan renang

LocalPolitics
30 May 2023 • 2:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Satu jawatankuasa peringkat tertinggi (HLC) diwujudkan untuk memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang akan mempengerusikan HLC itu pada 7 Jun ini berkata, jawatankuasa itu melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

"HLC ini untuk memastikan negara tidak ketinggalan dan seiring dengan negara yang mempunyai pembangunan sukan yang maju," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) di sini pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan, Adam Adli Abdul Halim.

Ahmad Zahid berkata, HLC itu juga akan melihat kepada mencungkil bakat dalam kalangan anggota tentera, polis dan badan penguat kuasa supaya mereka dilibatkan dalam pembangunan sukan negara.

Katanya, JKPS juga mencadangkan peraturan pengecualian cukai kepada penaja dapat dipertingkatkan bagi menggalakkan penambahan jumlah penajaan.

Menurut Ahmad Zahid, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat JKPS hari ini semakan semula keanggotaan JKPS dan cadangan penubuhan Integriti Sukan Malaysia (MSI).

Turut dibincangkan adalah prestasi kontinjen Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini serta cadangan pelaksanaan program penyediaan atlet ke arah Sukan SEA 2025 dan Sukan SEA 2027 merentasi kementerian.

Sementara itu, Hannah berkata, penubuhan HLC itu akan mempersiapkan atlet negara supaya tidak ketinggalan dalam Sukan SEA di Thailand pada 2025 dan Sukan Olimpik. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved