HLIB: Penggunaan luas BESS berpotensi jana pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui negara

LocalBusiness & Finance
7 Jul 2026 • 9:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HLIB: Penggunaan luas BESS berpotensi jana pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui negara Image from: HLIB: Penggunaan luas BESS berpotensi jana pertumbuhan sektor tenaga boleh diperbaharui negara amree07/07/2026 - 09:40 BESS Santong - Foto Bernama Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 JulaiSektor tenaga boleh diperbaharui (RE) Malaysia dijangka memasuki fasa pertumbuhan baharu yang dijana peningkatan penggunaan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).

 

Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB), penggunaan kaedah itu disokong lonjakan permintaan oleh pusat data (DC) serta jangkaan penambahbaikan mekanisme Skim Bekalan RE Korporat (CRESS).

 

Bagaimanapun tambah firma penyelidikan tersebut, pemain industri dilihat masih lagi berdepan dengan cabaran berkaitan caj akses sistem (SAC) yang menjejaskan daya tarikan komersial sesuatu projek.

 

"Justeru, kami masih mengekalkan penarafan 'overweight' terhadap sektor RE dengan Solarvest Holdings Berhad dan Samaiden Group Berhad terus menjadi pilihan utama melalui saranan 'beli'," jelasnya

 

HLIB berkata, aktiviti pemberian kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) solar dijangka pulih pada separuh kedua 2026 selepas perlahan pada enam bulan pertama tahun ini.

 

Pertumbuhan pesat pembangunan DC akan menjadi pemacu permintaan struktur yang penting kepada RE dalam tempoh jangka panjang, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap rumusan solar dan BESS.

 

tenaga solar_DagangNews2026

 

Ujarnya, kadar penggunaan CRESS masih perlahan disebabkan SAC yang dianggap tinggi, dan firma itu menjangka kerajaan memberi lebih tumpuan terhadap rasionalisasi pada separuh kedua 2026.

 

"Dari sudut kos pembangunan projek, kami menjangkakan harga modul fotovolta (PV) solar global kekal stabil sehingga penghujung 2026 walaupun naik antara 8% hingga 9.6% setakat tahun ini," kata HLIB.

 

Sehubungan itu, BESS muncul sebagai pemacu pertumbuhan baharu sektor RE selepas Suruhanjaya Tenaga (ST) menganugerahkan kapasiti tambahan di bawah program MyBeST selain projek di Sabah.

 

Pada masa depan jelasnya, kebanyakan projek solar berskala besar (LSS) termasuk CRESS dijangka mewajibkan integrasi sistem penyimpanan tenaga, sekali gus mempercepatkan pembelian produk bateri.

 

Dalam keadaan ini ujar HLIB, Solarvest dan Samaiden dilihat pada kedudukan terbaik memanfaatkan peluang pasaran BESS bernilai berbilion ringgit hasil aliran tunai operasi syarikat yang kukuh.

 

"Kami menjangka penggunaan solar bumbung dalam segmen komersial, perindustrian dan kediaman terus naik dalam tempoh enam bulan akan datang, disokong pelaksanaan program rebat SuRIA Home," katanya.

 

Secara keseluruhan, firma berkenaan percaya gabungan pertumbuhan solar, BESS dan pembaharuan dasar akan terus menjadi pemangkin utama kepada pembangunan sektor RE Malaysia. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved