HMD Mengacah Kelahiran Semula Nokia 3210

TechnologyDigital
20 Mar 2024 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam banyak-banyak telefon bimbit Nokia, saya yakin Nokia 3310 adalah yang paling ramai kenal. Siapa sahaja tidak mengenali peranti paling tahan lasak di dunia ini? Tetapi tahukah anda, Nokia 3210 adalah peranti pertama yang mempunyai permainan Snake, komposer nada dering dan juga rekaan antena tersembunyi. HMD baru-baru ini mengacah yang dua hari lepas adalah hari jadi Nokia 3210 yang ke-25, memberi petanda yang telefon bimbit ini bakal kembali.

Buat masa ini masih tiada butiran mengenai peranti ini. Tetapi dijangka Nokia 3210 akan dilahirkan semula sepertimana Nokia 3310 pada tahun 2017. Ia adalah versi moden dengan sokongan 4G, mempunyai sokongan banyak aplikasi media sosial dan akses Internet serta permainan Snake versi baharu. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut dari HMD tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved