HMD Perkenal Fon Telinga Yang Bekasnya Turut Boleh Mengecas Telefon Secara Nirwayar

TechnologyDigital
2 Mar 2025 • 11:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersempena dengan Mobile World Congress, pihak HMD telah memperkenalkan beberapa produk baharu dibawah mereka. Salah satunya adalah fon telinga nirwayar dinamakan HMD Amped Buds.

Fon telinga ini hadir dengan bekas pengecas dengan kapasiti bateri 1600mAh, dan menariknya bekas pengecas ini berupaya mengecas sesuatu telefon pintar secara nirwayar.

image is not available

Dengan penawaran ini, aksesori ini bukan hanya berfungsi sebagai untuk audio sahaja, tetapi turut boleh membantu mengecas peranti apabila diperlukan. Ini sekaligus memudahkan lagi anda membawanya, dan menggantikan keperluan membawa powerbank dan fon telinga secara berasingan.

HMD turut mengatakan Amped Buds ini menawarkan sokongan pembatalan bunyi hingar, dan kalis air IP54. Buat masa ini, penawaran tempatan untuk HMD Amped Buds ini masih belum diumumkan lagi.