HMS Vengeance 217 hari tidak timbul

16 Nov 2026 • 10:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: HMS Vengeance 217 hari tidak timbul

LONDON – Sebuah kapal selam nuklear Britain menerima sambutan wira selepas menamatkan misi rondaan luar biasa selama 217 hari, memecahkan rekod dunia bagi penugasan paling lama dalam sejarah, lapor saluran berita GB News.

HMS Vengeance itu berada di bawah permukaan laut selama tujuh bulan tiga hari sebelum selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Clyde (HMNB Clyde), Scotland, semalam. 

Pencapaian itu berjaya mengatasi rekod terdahulu selama 205 hari yang dicatatkan oleh HMS Vanguard awal tahun ini.

Ia menandakan kali pertama dalam sejarah rondaan kapal selam melebihi tempoh tujuh bulan.

Bekas kapten kapal selam Britain, Ryan Ramsey memuji kecekalan kesemua anggota yang terlibat dalam misi tersebut.

“Ia adalah pencapaian ketahanan manusia yang luar biasa. Bukan sahaja untuk kru kapal, tetapi juga buat keluarga mereka yang terputus hubungan daripada orang tersayang sepanjang tempoh penugasan,” katanya kepada akhbar The Sun.

Sepanjang tempoh itu, kira-kira 150 kru menghabiskan masa selama 31 minggu terkurung di dalam kapal sepanjang 150 meter itu, mengharungi syif lapan jam secara bergilir-gilir tanpa sebarang cahaya semula jadi mahupun udara segar.

Satu-satunya talian hayat penghubung mereka dengan keluarga ialah mesej teks mingguan yang akan ditapis terlebih dahulu oleh kapten bagi menyaring sebarang berita menyedihkan. – AGENSI

The post HMS Vengeance 217 hari tidak timbul appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved