ABIM sambut baik pemberian peruntukan khusus Ahli Parlimen pembangkang

30 Mar 2020 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik usaha kerajaan dalam menyalurkan peruntukan khusus berjumlah RM100,000 yang disalurkan kepada semua Ahli Parlimen pembangkang demi menjaga kebajikan rakyat.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menyifatkan peruntukan itu amat penting sebagai satu pengiktirafan peranan semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk membantu rakyat dalam kesusahan ketika berlaku penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Menurutnya, peruntukan khusus itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada hak rakyat yang telah mengundi untuk memilih seseorang wakil rakyat atau Ahli Parlimen secara sah menerusi saluran demokrasi pilihan raya sebelum ini.

“Justeru, ABIM menyeru seluruh Ahli Parlimen tanpa mengira latar untuk memanfaatkan sepenuhnya peruntukan yang ada dengan adil, baik dan cekap berlandaskan garis panduan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang amalan pembaziran, rasuah, dan diskriminasi dalam pengagihan.

“Malah semua pihak juga perlu meningkatkan kerjasama di antara satu sama lain dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan mengenepikan seketika sebarang perbezaan pandangan politik,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - PM salur RM100,000 kepada ahli Parlimen pembangkang


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved