Hobi Hias Tudung Saji Ibu Usia 70 Tahun Raih Perhatian PMX, Mahu Tempah Buat Wan Azizah

LocalPolitics
8 Nov 2026 • 4:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hobi Hias Tudung Saji Ibu Usia 70 Tahun Raih Perhatian PMX, Mahu Tempah Buat Wan Azizah

Tidak menyangka hobi baharu ibunya menghias tudung saji mampu menarik perhatian orang ramai, seorang lelaki berkongsi hasil kreativiti wanita berusia 70 tahun itu menerusi media sosial.

Lebih istimewa, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasrat untuk menempah hasil tangan tersebut sebagai hadiah buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Image from: Hobi Hias Tudung Saji Ibu Usia 70 Tahun Raih Perhatian PMX, Mahu Tempah Buat Wan Azizah
Kredit: Threads eezalshah

Menerusi hantaran di Threads, Eezal Shah memuat naik beberapa gambar tudung saji plastik yang dihiasi ibunya dengan susunan corak dan warna yang menarik.

Menurutnya, dia menggalakkan ibunya melakukan aktiviti menggunakan tangan sebagai usaha memastikan wanita itu kekal aktif, terutama selepas pemergian bapanya.

“Ibu saya berusia 70 tahun. Saya galakkan aktiviti tangan seperti ini kerana dahulu, selepas bapak meninggal dunia, mak banyak menghabiskan masa dengan telefon. Gaya hidup yang kurang aktif tidak baik untuknya.

“Sekurang-kurangnya sekarang, hobi baharunya membantu merangsang minda supaya kekal aktif. Apa sahaja yang membuatkan dia gembira, teruskanlah,” katanya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial, malah Anwar turut meninggalkan komen dengan bertanyakan sama ada tudung saji berkenaan dibuka untuk tempahan.

“Cantik, kalau jual, saya nak juga boleh? Nak beri hadiah pada Azizah,” komen beliau.

Membalas komen itu, Eezal menyifatkan hasrat Perdana Menteri berkenaan sebagai satu penghormatan besar buat ibunya.

Katanya, dia akan menyampaikan permintaan tersebut kepada ibunya dan berusaha memenuhi hasrat Anwar.

“Insya-Allah, saya akan sampaikan hasrat Datuk Seri kepada mak saya. Terima kasih atas kesudian Datuk Seri memberikan sokongan terhadap hobi mak saya.

“Sesungguhnya, sokongan dan penghargaan daripada Datuk Seri merupakan satu penghormatan yang amat bermakna buat mak. Insya-Allah, saya akan cuba untuk memenuhi hasrat Datuk Seri,” katanya.

Dalam pada itu, ruangan komen turut dibanjiri pujian daripada pengguna Threads yang tertarik dengan hasil kreativiti wanita berkenaan.

Ada yang menyifatkan aktiviti sedemikian baik untuk merangsang minda dan pergerakan tangan, selain berkongsi pengalaman memberikan ibu masing-masing aktiviti seperti mencari perkataan dan mewarna.

Menjengah ke ruangan komen, antara komen pengguna Threads:

“Alhamdulillah, lebih bagus begini untuk otak dan saraf tangan bekerja,” komen intanmentega.

“Saya beri buku mencari perkataan, adik saya pula beli buku mewarna. Tetapi sudah lama mak tidak buat, mungkin semuanya sudah habis,” kata puan_hairanie.

Baca juga:

“Saya pernah cuba belajar dahulu, kononnya mahu kurangkan masa menghadap skrin. Bukan masa menghadap skrin saya yang berkurang, tetapi iman saya pula semakin nipis daripada kulit bawang,” kata amilshaz secara berseloroh.

“Cantik, pandai susun corak. Nampak sedap mata memandang,” komen mummy_sofia_awlia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved