Hock Kee Kopitiam Dan KITKAT® Bergabung, Perkenal Enam Menu Baharu

LocalFood
20 Nov 2026 • 10:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hock Kee Kopitiam Dan KITKAT® Bergabung, Perkenal Enam Menu Baharu

Penggemar coklat dan makanan kopitiam kini boleh menikmati gabungan kedua-dua cita rasa menerusi kolaborasi Hock Kee Kopitiam bersama KITKAT® yang memperkenalkan enam pilihan minuman dan hidangan manis baharu di seluruh cawangannya.

Kolaborasi menerusi inisiatif Made With KITKAT® itu mula ditawarkan pada 19 November 2026, merangkumi empat jenis minuman dan dua hidangan manis yang menggabungkan rasa coklat serta kerangupan wafer KITKAT®.

Antara menu yang diperkenalkan ialah Cocoa Crunch Latte, Matcha Cocoa Bliss, Hor Ka Sai Special, Sai Ka Hor Special, Cocoa Delight Croissant dan Cocoa Crumble Toast.

Menariknya, setiap menu menampilkan gabungan rasa tersendiri dengan menggunakan coklat KITKAT® sebagai bahan utama.

Hor Ka Sai Special misalnya menggabungkan kopi tempatan yang pekat dengan rasa coklat KITKAT® yang berkrim, manakala Matcha Cocoa Bliss menawarkan kombinasi coklat dan matcha.

Image from: Hock Kee Kopitiam Dan KITKAT® Bergabung, Perkenal Enam Menu Baharu

Bagi pilihan hidangan manis pula, pelanggan boleh mencuba Cocoa Delight Croissant dan Cocoa Crumble Toast yang mengetengahkan gabungan coklat serta tekstur rangup.

Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng berkata, kerjasama itu memberi peluang kepada pihaknya untuk memperkenalkan kelainan dalam menu kopitiam menerusi gabungan cita rasa tempatan dengan coklat KITKAT® yang sudah dikenali ramai.

Menurutnya, kolaborasi tersebut turut menjadi usaha untuk terus meraikan identiti makanan Malaysia sambil menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggan.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Professional bagi Malaysia dan Singapura, Yit Woon Lai berkata, Hock Kee dipilih sebagai rakan kolaborasi kerana jenama itu mengekalkan identiti cita rasa kopitiam Malaysia, selain terbuka untuk meneroka kombinasi rasa baharu.

Image from: Hock Kee Kopitiam Dan KITKAT® Bergabung, Perkenal Enam Menu Baharu

Kolaborasi Dilancarkan Di Bangsar South

Pelancaran rasmi menu baharu itu berlangsung di Makan-Makan by Hock Kee, Bangsar South, Kuala Lumpur dengan kehadiran wakil daripada kedua-dua jenama.

Majlis berkenaan turut menampilkan demonstrasi masakan secara langsung oleh Chef Yap Wai Keong daripada Nestlé Professional bersama Pengurus Operasi Bar Hock Kee, Hanipah Abdul Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Bar Hock Kee, Sugiando.

Demonstrasi tersebut memberi peluang kepada tetamu melihat sendiri proses penyediaan serta inspirasi di sebalik enam menu baharu berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi Hock Kee Kopitiam dan KITKAT®.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved