Hojlund Jadi Hero ‘Last Minute’, Bakal Kembalikan Maruah Man United

Football
24 Aug 2023 • 10:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Rasmus Hojlund bakal tampil beraksi pada hujung minggu ini untuk Manchester United dan secara tidak langsung dia dianggap sebagai penyelamat untuk pasukan tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, setakat ini The Red Devils hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam dua perlawanan pertama mereka iaitu menerusi bek tengah, Raphael Varane.

image is not available

Bagaimanapun, Hojlund yang bernilai £72 juta (RM426.5 juta) akan menjadi hero ‘last minute’ untuk United apabila dia sudah bersedia untuk memulakan latihan bersama rakan pasukan yang lain untuk perlawanan yang seterusnya.

Sebelum ini, Hojlund mengalami kecederaan semasa sesi latihan pramusim bersama bekas kelabnya, Atalanta sehingga menyebabkan dia tidak dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan yang menyaksikan United menewaskan Wolves 1-0 sebelum tewas 0-2 di Tottenham.

image is not available

Kini, dia sudah kembali sihat serta cergas untuk melayakkan dirinya berada di bangku simpanan untuk menentang Nottingham Forest, Sabtu ini.

Ujar pemain yang berusia 20 tahun itu, dia tidak sangka impiannya untuk menjadi pemain Manchester United menjadi kenyataan yang teruja untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan tersebut.

image is not available

“Bukan lagi rahsia saya menjadi peminat kelab hebat ini sejak zaman kanak-kanak lagi. Saya mempunyai impian untuk masuk ke Old Trafford sebagai pemain Manchester United.

“Saya sangat teruja dengan peluang mengubah impian itu menjadi kenyataan, dan saya berazam untuk membalas kepercayaan yang berikan kelab kepada saya.” ujarnya.

Sumber: Harian Metro