Hojlund lebih berbaloi berbanding Kane

Football
12 Aug 2023 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rasmus - Foto Agensi

MANCHESTER United meluahkan rasa gembira dengan pilihan mereka mengikat penyerang muda, Rasmus Hojlund yang dianggap lebih berbaloi selepas gagal mendapatkan khidmat pemain sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane.

The Red Devils membatalkan hasrat menandatangani Kane selepas pengerusi Spurs, Daniel Levy meletakkan harga 100 juta pound (RM578.27 juta) untuk kapten England itu.

Pengendali United, merasakan pembelian Hojlund pada harga 72 juta pound (RM416.35 juta) dari kelab Itali, Atalanta adalah lebih baik.

“Kami amat gembira dengan pilihan kami. Dia penyerang yang hebat, pencipta gol dan mempunyai kualiti yang diperlukan oleh seorang penyerang.

“Kami gembira dengan skuad yang ada ketika ini,” ujar Ten Hag.

Bagaimanapun Hojlund mungkin tidak dapat diturunkan dalam masa terdekat kerana pemeriksaan kesihatan mendapati pemain berusia 20 tahun itu mempunyai kecederaan belakang.

Ia juga akan memberi impak terhadap kemampuannya untuk beraksi dalam dua aksi seminggu.

“Dia mempunyai sedikit isu dan tidak berada pada tahap seperti pemain-pemain lain ketika ini.

“Jadi dia masih memerlukan latihan dan sukar untuk menyatakan keadaannya. Namun kami yakin dan berfikiran positif,” ujar Ten Hag.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved