Homestay rosak akibat tanah runtuh di Ranau

LocalEnvironment
17 Jan 2025 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Sebuah homestay di Kundasang mengalami kerosakan akibat tanah runtuh yang berlaku dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang, Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku selepas hujan lebat yang turun berterusan di kawasan itu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami menerima panggilan jam 5.32 petang mengenai kejadian tersebut dan segera menggerakkan tiga anggota yang diketuai oleh Komander Operasi, Becket Gumat bersama sebuah jentera FRV. Turut serta dalam operasi ini adalah anggota dari APM.

“Apabila kami tiba di lokasi yang terletak 20 kilometer dari balai, kami mendapati tanah runtuh berlaku dan menyebabkan kerosakan pada sebuah rumah homestay.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat. Kami kemudian memantau dan menasihati penduduk sekitar untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat,” katanya.

Menurut Ridwan, selepas memastikan segala-galanya terkawal, operasi berakhir jam 6.06 petang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau menggesa penduduk kampung di sini untuk sentiasa berwaspada selagi cuaca tidak stabil kerana berdasarkan pengalaman dalam bencana-bencana lalu, situasi boleh berubah dalam beberapa minit sahaja.

Beliau juga menasihatkan penduduk di sini agar tidak teragak-agak untuk menghubungi Bomba Ranau di 088-878779 atau talian kecemasan 999 sekiranya terdapat retakan atau tanah runtuh lagi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Simpan dokumen penting di satu tempat (supaya) mudah untuk dikeluarkan sekiranya berlaku kecemasan, juga segera tinggalkan rumah dan pergi ke tempat yang lebih selamat jika kejadian yang sama berlaku pada masa depan,” katanya.