Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Cars
17 Jun 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Menjelang Goodwood Festival of Speed yang akan berlangsung bermula 10 Julai hingga 13 Julai, nampaknya pengeluar automotif Jepun, Honda juga akan membuat kejutan besar dengan menayangkan Honda Super EV Concept.

Ini merupakan gambaran awal tentang model hatchback segmen-A yang bakal dikeluarkan oleh Honda.

image is not available

Apa yang masti, model ini berada di hujung spektrum bertentangan dengan SUV 0, selain dilihat mengambil inspirasi ketara daripada Honda e.

Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan maklumat terperinci, namun hatchback konsep kenderaan elektrik (EV) ini menampilkan bampar hadapan yang berlekuk-lekuk digabungkan dengan gril tertutup.

Selain itu, terdapat port pengecas manakala lampu hadapan berbentuk bulat serta langsir udara menegak, bonet jenis clamshell dan hadir dengan pemegang pintu yang biasa dan bukannya jenis tersembunyi.

Dikhabarkan, kereta konsep ini telah pun menjalani uji di United Kingdom.

Model ini dikatakan mampu bergerak sejauh 300 hingga 400 kilometer dimana model Honda e hanya mampu bergerak sejauh 220 KM. Jentera ini dikatakan mampu menyaingi pesaingnya seperti Fiat 500e.

image is not availableimage is not available

Pada pameran kereta itu,, Honda Super EV Concept akan menyertai acara mendaki bukit ikonik di Goodwood bersama beberapa model prototaip lain termasuk Honda Prelude baru dan Civic Type R Ultimate Edition.