Honda Big Wing Butterworth Bakal Menjadi Antara Hub Motosikal Honda Di Utara Tanah Air

LocalCars
10 Aug 2026 • 4:34 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Honda Big Wing Butterworth Bakal Menjadi Antara Hub Motosikal Honda Di Utara Tanah Air

Sin Sum Sun Motor terus melangkah ke tahap lebih tinggi apabila merasmikan projek ubah suai lot industri di Jalan Baru, Perai yang bakal menempatkan Honda Big Wing Butterworth, pusat sehenti baharu untuk peminat motosikal Honda di utara tanah air.

Dimiliki sepenuhnya oleh Sin Sum Sun Motor, fasiliti berkeluasan binaan sekitar 11,000 kaki persegi itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung 2026. Ia bakal menawarkan rangkaian penuh motosikal Honda, 10 ruang servis, jualan alat ganti serta kelengkapan menunggang daripada FT Garage.

Image from: Honda Big Wing Butterworth Bakal Menjadi Antara Hub Motosikal Honda Di Utara Tanah Air

Bukan sekadar pusat jualan dan servis, Honda Big Wing Butterworth turut dilengkapi kafe dan kemudahan Bike Spa, menjadikannya destinasi yang lebih lengkap untuk komuniti permotoran.

Majlis perasmian projek tersebut disempurnakan oleh Pengarah Sin Sum Sun Motor, Ooi Chin Keat dan Ooi Chin Boon, serta disaksikan wakil kehormat Boon Siew Honda, termasuk CEO Kunitomo Asano dan GM Andy.

Image from: Honda Big Wing Butterworth Bakal Menjadi Antara Hub Motosikal Honda Di Utara Tanah Air

Apabila dibuka kelak, premis ini akan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, menyasarkan pelanggan dari Pulau Pinang, negeri-negeri berdekatan, malah penunggang dari Thailand dan Singapura yang menjadikan utara Malaysia sebagai destinasi tunggangan.

Lebih menarik, projek ini dijangka membuka sekitar 20 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, dengan potensi pertambahan tenaga kerja apabila perniagaan berkembang.

Image from: Honda Big Wing Butterworth Bakal Menjadi Antara Hub Motosikal Honda Di Utara Tanah Air

Ditubuhkan sejak 1970, Sin Sum Sun Motor sebelum ini mengembangkan operasi Honda ImpianX di Bayan Baru pada 2023. Kini, Honda Big Wing Butterworth menjadi langkah seterusnya dalam perjalanan mereka membawa pengalaman Honda ke tahap yang lebih premium.

Teruskan bersama Two Wheels..!

TwoWheels #TWmedia #SinSumSun #BigWingButterworth #HondaBigWing #BoonSiewHonda

The post Honda Big Wing Butterworth Bakal Menjadi Antara Hub Motosikal Honda Di Utara Tanah Air appeared first on TW Media.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved