Honda Catat Kerugian Pertama Dalam Tempoh 70 Tahun Kerana Kegagalan Strategi EV

Business & FinanceCars
15 May 2026 • 1:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honda ialah jenama yang gah. Sejak mereka mula bertapak di Malaysia pada tahun 1958, kenderaan mereka mempunyai status boleh diandalkan, berprestasi tinggi dan memberikan pemiliknya status orang “ada-ada”. Semalam Honda menerbitkan laporkan untuk tahun fiskal 2025 (berakhir Mac 2026) dan mencatatkan kerugian tahunan pertama dalam tempoh 70 tahun.

Honda mencatat kerugian 423 bilion Yen (~RM 10.5 bilion) akibat pelaburan EV yang gagal memberikan pulangan dan permintaan EV juga lebih lemah daripada jangkaan. Mereka akan mengurangkan sasaran pengeluaran EV serta mengambil komponen dari China untuk menurunkan kos.

Image from: Honda Catat Kerugian Pertama Dalam Tempoh 70 Tahun Kerana Kegagalan Strategi EV
Honda 0 Saloon dan Honda 0 SUV

Fokus baharu syarikat yang diasaskan by Soichiro Honda ini ialah motosikal, perkhidmatan kewangan dan kenderaan hibrid. Sementara itu Amerika Utara, Jepun dan India akan menjadi pasaran utama untuk pertumbuhan masa hadapan.

Pelan membina kilang EV dan bateri di Kanada pula dibatalkan. Turut dibatalkan ialah sasaran menjadikan EV 20% kenderaan yang dikeluarkan menjelang 2030 dan sasaran semua kenderaan menjadi EV menjelang 2040. Mac lalu Honda membatalkan tiga model EV Honda 0 SUV, Honda 0 Saloon dan Acura RSX. Akibatnya Sony AFEELA turut terkorban kerana Honda adalah rakan pembangun EV pertama Sony.

Ledakan pembelian EV yang diharapkan tidak menjadi kenyataan dengan ini berlaku di hampir semua pasaran kecuali di Scandinavia dan China. China yang hanya tiga dekad lalu tidak mempunyai industri automotif yang dinamik, kini ialah kuasa besar EV global. Syarikat pengeluar legasi yang lewat menawarkan model EV mereka sendiri kini sudah ketinggalan dengan model ditawarkan gagal menarik minat.

Ford telah mengubah kilang bateri dan trak elektrik menjadi kilang menghasilkan pek bateri pusat data. Volkswagen menjual subsidiari dan menutup kilang dengan ia diubah menjadi kilang AI, cip dan senjata untuk Israel. Lamborghini membatalkan kenderaan EV sepenuhnya dan minggu ini Porsche menutup kilang bateri dan basikal elektrik kesemuanya juga kerana kegagalan strategi EV.