Honda City Hatchback Facelift Rasmi Masuk Malaysia, Ini Dia Perubahan Dari Versi Terdahulu

Cars
16 May 2024 • 4:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Honda City Hatchback 2024

Berita baik buat peminat-peminat jentera dengan logo ‘H’! Akhirnya Honda City Hatchback versi facelift dah masuk Malaysia gais.

Menurut laporan Mekanika, City Hatchback facelift ini didatangkan dengan lima varian iaitu S, E, V, Petrol RS dan varian tertinggi dengan rekabentuk yang lebih sporty, e:HEV RS.

image is not available

Kalau tengok dari luaran e:HEV Rs itu, ia hadir dengan gril hadapan honeycomb yang lebih nipis, gril depan di bahagian bawah yang baru dan bumper pun nampak lagi ganas apabila dipadankan dengan kemasan lampu kabus.

image is not available

Apa yang sporty sangat dengan varian e:HEV RS ni?

image is not available

Kalau korang lihat bahagian belakang, ia didatangkan dengan dry carbon fiber diffuser. Untuk rim pula, ia masih menggunakan saiz 16 inci tapi ditukarkan kepada warna hitam (Berlina Black). Padu tak?

image is not available

Untuk enjin, varian RS didatangkan dengan 1.5L e:HEV yang mampu menghasilkan 109PS dan 253Nm tork, manakala untik varian lain pula hadir dengan enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC dan mampu menghasilkan 121PA dan 145Nm tork.

image is not available

image is not available

Untuk bahagian dalam, hanya ada perubahan kecik saja pada varian e:HEV RS ini iaitu pengecas ditukarkan kepada unit USB-C dan ada poket kecik di belakang tempat seat depan untuk orang belakang letak barang atau sebagainya. 

Dari segi dimensi, ukuran panjang kereta bagi kedua-dua varian RS ini adalah 4,369mm manakala 3 varian lain itu (S, E dan V) berukuran 4,350mm.

image is not available

Bukan tu jer, Varian RS juga hadir dengan Display Audio sebesar 8 inci yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto. Rasanya features ni memang patut ada pada kebanyakan kereta, tambah lagi bagi yang harga lebih dari RM70,000.

image is not available

Menariknya kali ini, semua varian didatangkan dengan Honda SENSING. Tapi untuk varian RS ada ciri tambahan iaitu Lead Car Departure Notification (LCDN) dan Low Speed Follow (LSF).

image is not available

Berikut adalah senarau harga bagi semua varian Honda City Hatchback facelift

  • e:HEV RS: RM112,900
  • Petrol RS: RM100,900
  • V: RM95,900
  • E: RM90,900
  • S: RM85,900

Kredit: Mekanika

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.