Honda CR-V (2024): Apa yang anda dapat kalau beli yang paling murah?

Cars
14 Dec 2023 • 6:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Honda Malaysia telah mengemas kini siri SUV CR-V mereka dengan pengenalan model serba baharu. Model CKD CR-V sudah berusia 20 tahun di Malaysia dan untuk generasi ke-6 kali ini, mereka telah memasukkan varian RS dan ia ditunjangi enjin baharu iaitu enjin 2.0L hibrid yang berkuasa tinggi.

image is not available

Harga Honda CR-V di Malaysia

Berikut adalah harga jualan Honda CR-V (2024) di Malaysia:

  • 1.5L Turbo S – RM159,900
  • 1.5L Turbo E – RM169,900
  • 1.5L Turbo V – RM181,900

Harga varian tertinggi iaitu 2.0L e:HEV RS masih belum diumumkan dan Honda mengatakkan harga jualan varian itu akan diumumkan seawal Januari 2024.

image is not available

Bersempena dengan ulang tahun ke-20 pemasangan Honda CR-V di Malaysia, 750 pembeli terawal varian 1.5L Turbo S boleh dapatkan unit mereka pada harga promosi RM157,500.

image is not available

Yakin dengan model ini, Honda berkongsikan yang sasaran jualan bulana mereka untuk tahun 2024 adalah 1,000 unit yang bermakna kita boleh jangkakan sekurang-kurangnya 12,000 Honda CR-V (2024) akan berlegar-legar di atas jalan raya sebelum 2024 tamat.

Honda CR-V (2024): Badan lebih besar dan rekaan segar

Panjang keseluruhan CR-V baharu ini 8cm lebih dan 1cm lebih lebar berbanding sebelumnya. Jarak gandar depan dan belakang juga telah bertambah sebanyak 4cm. Kesemua ini jadikan CRV nampak lebih gagah dan dalam yang sama memberikan perbezaan fizikal lebih ketara berbanding siri HR-V mereka.

image is not available

Bahagian hadapan, kereta ini menerima jeriji bercorak baharu yang terdiri daripada corak heksagon kecil.

image is not available

Varian RS menerima tayar 18″ dan rim berwarna hitam. Ada beberapa lagi komponen yang dihitamkan warnanya untuk menimbulkan karakteristik RS-nya, contohnya pillar A dan badan cermin sisi dihitamkan bersama-sama spoiler di bahagian atas.

image is not available

Honda CR-V (2024): Enjin 2.0L e:HEV hibrid

CR-V generasi ke-6 menyaksikan Honda memperkenalkan varian RS buat pertama kali dan ia diperkasa enjin hibrid 2.0L e:HEV. Enjin ini boleh ditemukan pada Honda Civic RS e:HEV (2023). Bahagian petrol enjin ini keluarkan 146hp dan 190Nm sementara bahagian motor elektrik keluarkan 181hp dan 335Nm. Honda mengatakan yang angka penggunaan minyak model ini adalah pada 20km/L.

image is not available

Varian bukan hibrid S,E, dan V pula digerakkan enjin 1.5L Turbo yang keluarkan kuasa 190hp dan 243Nm dengan kadar penggunaan minyak pada paras sekitar 13km/L.

image is not available

Honda CR-V (2024): Sistem audio Bose 12-speaker, Honda Sense & Honda Connect

Bahagian kabin CR-V (2024) menerima beberapa naik taraf menarik. Bermula dengan tempat duduk pemandu. Kerusi elektriknya kini ada 2 mode memori yang boleh ingat konfigurasi tempat duduk. Kemudian, iluster instrumen kini adalah digital sepenuhnya dengan kehadiran HUD untuk kemudahan pemandu.

image is not available

Sistem inforia pula boleh diakses melalui skrin 9″ dan ia menyokong Android Auto dan Apple Car Play. Malangnya, hanya Car Play menyokong sambungan tanpa wayar.

image is not available

Buat pertama kalinya, sistem audio CR-V kini dikuasakan 12 unit pemacu audio Bose dan sistem kawalan hingar (ANC) juga telah ditambah baik. Honda telah menambah 1 mikrofon tambahan dan 1 speaker khas untuk kegunaan ANC supaya bunyi bising sewaktu memandu boleh dikurangkan.

Untuk kemudahan mengecas peranti, pad pengecas wayarles disediakan dan beberapa port USB bertebaran disekeliling kenderaan untuk digunakan.

image is not available

Honda Connect dan Honda Sensing kini disediakan untuk semua varian CR-V 2024. Jadi, pemandu akan nikmati ciri seperti LDW, RDM, LKAS, FCW, CMBS, LCDN, ACC, dan LSF. Sementara varian RS mendapat ciri Adaptive Driving Beam (ADB), varian yang lebihnya menerima Auto High Beam biasa.

Honda CR-V (2024): Apa yang anda hilang bila beli varian termurah?

Sekiranya anda dapatkan CR-V (2024) varian S pertama sekali anda beroleh tayar lebih kecil iaitu 17″ namun anda dapat tayar ganti bersaiz penuh. Sensor TPMS untuk periksa tekanan angin tayar juga tiada.

image is not available

Untuk pintu but belakang, tiada fungsi bukaan automatik diberikan termasuklah fungsi walkaway close.

Kalau anda tengok cermin pandang sisi sebelah kiri pula, anda tiada Honda Lane Watch.

Bahagian dalam, tiada paddle shifter untuk kemudahan memperlahan kenderaan boleh anda gunakan. Kerusi elektrik juga tiada pada varian S.

Skrin inforia pula lebih kecil pada 7″, anda kehilangan Apple CarPlay wayarles, dan anda juga kehilangan pad pengecasan wayarles 15W. Tempat duduk pula menggunakan balutan fabrik manakala stereng menggunakan kemasan urethane.