Honda CR-Z Bukan Terbabas Tapi "Membabaskan Diri"

LocalCars
24 Feb 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Niat seorang lelaki untuk memutar belit laporan polis membawa padah apabila dia sebenarnya bukan terlibat dalam kemalangan sebaliknya berlumba sehingga terbabas sendiri di Genting Highlands, pada Ahad lepas.

Perkara itu berjaya dihidu pihak polis selepas satu rakaman video tersebar di TikTok yang menunjukkan sebaliknya dia sedang berlumba di jalan raya.

Rakaman itu menunjukkan Honda CR-Z berwarna biru yang turun dari satu selekoh tajam dipandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas sendiri.

Mujur, pemandu CR-Z selamat.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya ada menerima laporan pada pukul 11.05 pagi daripada pemandu kereta berkenaan yang memaklumkan kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 14.7 jalan menghala ke Genting Highlands.

image is not availableimage is not available

“Namun satu klip video tersebar di TikTok yang menunjukkan kereta yang sama didapati dipandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

“Pihak polis daripada bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong telah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan,” katanya.

image is not available

Sehubungan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

View Original Article