Honda Dan MUJI Melancarkan Basikal Elektrik Moden

TechnologyDigitalCars
12 Jul 2022 • 2:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

MUJI ialah jenama Jepun yang terkenal dengan rekaan yang minimalis dan mementingkan estetik tetapi masih lagi praktikal. Mereka kini memasuki arena basikal elektrik selepas melancarkan MUJI MS01. Basikal elektrik MS01 dibangunkan dengan kerjasama Honda.

image is not available

MS01 dilengkapi bateri 20Ah yang mampu menawarkan perjalanan sehingga 64 km dengan sekali caj dan bergerak pada kelajuan maksimum 25 km/j. Terdapat lampu LED di hadapan dan belakang untuk keselamatan. Sebuah skrin LCD pula diletakkan pada tempat pemegang untuk maklumat caj bateri dan kelajuan basikal.

image is not available

Basikal pula ditawarkan dalam warna hitam serta putih. Bateri boleh ditanggalkan dengan bateri menerusi sistem penukaran pantas jika pengguna tidak mahu menunggu lama. Kerana ia masih sebuah basikal, terdapat pengayuh jika motor elektrik tidak mahu digunakan. Pada waktu ini MUJI MSO1 hanya dijual di China pada harga RMB4,980 (~RM3,283) sebuah.

View Original Article