Honda e:N1 Dibuka Untuk Tempahan, Boleh Gerak Sejauh 500KM, Bakal Dilancar Suku Kedua 2025

LocalCars
15 Apr 2025 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas sesi pratonton yang diadakan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS)pada tahun lalu, Honda Malaysia akhirnya sudah membuka tempahan untuk model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1.

Crossover serba elektrik ini boleh ditempah melalui laman web tempahan rasmi Honda Malaysia, di mana pelancarannya akan dibuat pada suku kedua tahun ini.

image is not available

Ia dibina berasaskan platform pacuan roda hadapan baharu yang dikenali sebagai e:N Architecture F,.

image is not availableimage is not available

Untuk itu, ia menampilkan persediaan pacuan roda hadapan (FWD) yang menjanjikan pecutan lancar dan kawalan yang agak cemerlang ketika berada di pelbagai keadaan jalan.

image is not availableimage is not available

Honda e:N1 yang hadir dengan satu motor FWD membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 201 HP (150 kW) dan 310 NM.

Ia dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100 KM/J dalam 7.7 saat, manakala kelajuan maksimumnya adalah 160 km/j.

Dengan adanya pek bateri lithium-ion berkapasiti 68.8-kWh, ia dikatakan mampu menawarkan perjalanan sejauh 500 kilometer dengan hanya sekali cas.

image is not available

Dari segi reka bentuknya, e:N1 pada asasnya ialah versi EV model SUV kompak popular Honda, HR-V, kerana ia menampilkan gaya badan crossover coupe yang sama.

Ini termasuk muka hadapan tanpa gril yang menempatkan port pengecasannya ala Chery Omoda E5, lampu depan dan lampu belakang jenis LED penuh, roda aloi dwi-ton 18 inci, lencana ‘H’ putih baharu untuk melambangkan persediaan rangkaian kuasa elektriknya, berwajah baharu di pintu belakang, dan banyak lagi.

Dari segi dimensi, saiz e:N1 sebenarnya lebih kurang sama dengan HR-V, kerana ia berukuran 4,380 mm panjang, lebar 1,790 mm, tinggi 1,592 mm manakala jarak roda 2,610 mm.

Ini juga meletakkan e:N1 sebenarnya setanding dengan Chery Omoda E5, BYD Atto 3 dan MG S5 EV yang dipratonton baru-baru ini.

image is not availableimage is not available

Dari segi keselamatan, e:N1 dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Selain ADAS, e:N1 juga didatangkan dengan Maklumat Titik Buta (BSI) dengan Pemantau Lintasan Trafik (CTM).

Seperti mana yang dinyatakan, tempahan Honda e:N1 kini boleh dibuat melalui portal tempahan khusus Honda Malaysia atau, secara alternatif, melalui aplikasi mudah alih HondaTouch.

image is not available

Anda juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar Honda terpilih atau menghubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari laman web rasmi Honda Malaysia.