
Honda Malaysia Bawa Perubahan Era Baharu Kecekapan Hibrid
Honda Malaysia (atau Syarikat) terus mengukuhkan kedudukannya dalam mobiliti elektrifikasi, disokong oleh teknologi hibrid terbukti yang mengimbangi prestasi bertenaga, kecekapan, dan kebolehpercayaan jangka panjang.
Berteraskan lebih dua dekad kepakaran dalam hibrid, sistem Honda e:HEV moden mencerminkan komitmen jenama ini dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang canggih serta menyeronokkan kepada pelanggan di Malaysia.
Asas ini membolehkan Honda terus mengembangkan teknologi hibridnya selari dengan perubahan pesat landskap pasaran. Kini, Syarikat terus menerajui inovasi berteraskan manusia, memperlihatkan bagaimana konsep “Hybrid Done Right” menghasilkan perjalanan yang lancar dan mudah, sesuai dengan pelbagai gaya hidup.
Dengan keupayaan menukar mod pemanduan secara pintar antara elektrik, hibrid dan enjin, sistem ini mengoptimumkan prestasi dalam semua keadaan, sekali gus memberikan kecekapan bertaraf dunia serta pengalaman pemanduan yang lebih fokus kepada pemandu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Narushi Yazaki berkata, “Teknologi hibrid Honda sentiasa dibangunkan dengan fokus yang jelas, memastikan prestasi, kecekapan dan kebolehpercayaan yang boleh diyakini pelanggan setiap hari."
"Pada masa yang sama, kami percaya elektrifikasi tidak seharusnya menjejaskan keseronokan memandu. Sistem e:HEV kami direka untuk memberikan pemanduan yang lancar tetapi responsif, selari dengan DNA Honda yang menitikberatkan keseronokan memandu.”
“Dengan sistem inovatif ini, model hibrid kami menawarkan tork segera serta pecutan yang lancar, sekali gus mewujudkan pengalaman pemanduan yang menarik dan halus."
"Ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan mobiliti elektrik bukan sahaja praktikal dan cekap, tetapi juga menyeronokkan untuk pelanggan,” tambah Encik Yazaki.
Pada masa ini, rangkaian kuasa e:HEV ditawarkan dalam model utama seperti City, City Hatchback, HR-V, Civic dan CR-V Baharu, sekali gus mengukuhkan kehadiran kukuh Honda dalam segmen hibrid di pasaran Malaysia.
Disokong oleh rangkaian perkhidmatan seluruh negara yang mantap, ketersediaan alat ganti yang boleh dipercayai serta nilai pemilikan yang tinggi, Syarikat menyasarkan untuk memberikan pengalaman pemilikan kenderaan elektrifikasi yang yakin dan memuaskan, sekali gus menonjol di pasaran.
Selaras dengan komitmen ini, Honda Malaysia melancarkan kempen “Hybrid Done Right” yang berlangsung dari 1 April hingga 30 Jun 2026. Kempen ini menampilkan pelbagai program yang memperkenalkan kelebihan sistem e:HEV sambil menawarkan ganjaran menarik kepada pelanggan.

Menerusi kempen ini, pelanggan yang membeli model Honda e:HEV akan menikmati rebat tunai tambahan sebanyak RM2,000 serta servis upah kerja percuma untuk dua tahun pertama.
*a. Selain itu, mereka juga berpeluang menyertai cabutan bertuah bulanan untuk merasai pengalaman memandu All-New Prelude yang dinanti-nantikan selama satu minggu selepas pelancarannya. Pemilik sedia ada kenderaan hibrid Honda turut dijemput menyertai “Hybrid Done Right” Contest dengan berkongsi bacaan penggunaan bahan api sebenar bagi satu tangki penuh di media sosial. Peserta dengan prestasi penggunaan bahan api terbaik akan menerima pakej servis percuma selama satu tahun.
*b. Seiring dengan pengembangan rangkaian hibridnya, Honda Malaysia hari ini mengumumkan All-New Prelude sebagai tambahan terbaharu dalam barisan model hibridnya. Kebangkitan semula nama ikonik ini menjadi satu pencapaian penting apabila All-New Prelude muncul sebagai model sports coupe hibrid e:HEV pertama dalam sejarah Honda Malaysia, dengan tempahan kini dibuka secara rasmi.
Menetapkan penanda aras baharu, All-New Prelude memperkenalkan teknologi S+ Shift yang ditawarkan buat pertama kali dalam barisan Honda Malaysia. Digabungkan dengan Active Sound Control, sistem ini mensimulasikan penukaran gear serta meningkatkan respons enjin melalui koordinasi tepat antara enjin dan dua motor elektrik.
Ia memberikan pengalaman pemanduan yang lebih dinamik dan mengujakan dengan respons pendikit yang lebih tajam, kawalan yang dipertingkat serta maklum balas pelbagai deria. Fungsi “shift hold” pula meningkatkan ketepatan pemanduan dengan membolehkan kenderaan bertindak balas secara lebih tepat terhadap input pemandu dan laluan yang diingini.
All-New Prelude dikuasakan oleh rangkaian kuasa 2.0L e:HEV canggih Honda, yang menghasilkan 184 PS dan 315 Nm tork. Direka untuk prestasi, sistem ini memberikan pecutan segera, penghantaran kuasa yang linear serta kawalan yang tepat, sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan sebagai simbol era baharu prestasi hibrid.
All-New Prelude menampilkan reka bentuk moden dengan proporsi yang kemas dan gaya sofistikated, menggabungkan keindahan fungsi serta ciri unik sebuah sports coupe. Dengan ukuran panjang 4,522mm, lebar 1,880mm dan tinggi 1,355mm serta jarak roda 2,605mm, model ini menampilkan siluet yang tegap namun elegan.

Rekaan luarannya yang aerodinamik dipertingkatkan dengan garisan bumbung yang lancar melalui teknik “laser brazing”, pemegang pintu jenis Flush Door Outer Handles serta gril Black Chrome, diserlahkan lagi dengan aksen biru halus di bahagian tengah bawah bampar hadapan dan belakang.
Antara ciri lain termasuk Lampu Hadapan LED dan Lampu Belakang LED Combi dengan lensa merah, bersama sistem Active Cornering Lights yang dipertingkat untuk meningkatkan penglihatan ketika pemanduan malam. Melengkapkan karakter sporty, model ini dilengkapi rim Aluminium 19 inci bersama brek Brembo berkapasiti tinggi, sekali gus menambah aspek prestasi dan kawalan.
Honda Malaysia terus mengutamakan aspek keselamatan menerusi All-New Prelude yang dilengkapi Honda SENSING, serta sistem Blind Spot Information (BSI) dan Cross Traffic Monitor (CTM), bagi meningkatkan kesedaran pemandu dan keyakinan di jalan raya.
Untuk membuat tempahan All-New Prelude, pelanggan boleh melayari https://prebook.honda.com.my/. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Hybrid Done Right”, pelanggan boleh menghubungi Pengedar Sah Honda.
*a. Tertakluk kepada terma dan syarat
*b. Pakej sah selama satu (1) tahun atau 10,000 km, yang mana terdahulu



