Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

LocalCars
9 Sep 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45. Acara tersebut sudah pun berlangsung sejak semalam dan akan berakhir pada 12 September nanti.

Bagi melancarkan acara tersebut, Honda menyediakan 25 unit All-New e:N1 untuk kegunaan para pemimpin industri kereta api dan delegasi dari lapan negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Laos.

image is not available

Sementara itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki berkata, pihaknya berbangga kerana dapat menyokong acara berprestij ini .

"Persidangan ini menghimpunkan para pemimpin, penggubal dasar dan inovator dari sektor kereta api ASEAN untuk bertukar pandangan dan berkongsi kepakaran dengan matlamat meningkatkan kecekapan serta kemudahan pengangkutan di seluruh rantau.

image is not available

"Matlamat ini selari dengan janji jenama kami, ‘The Power of Dreams, How We Move You’," katanya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB & Pengerusi Jawatankuasa Penganjur ARCEOs’ ke-45, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin, pula menyifatkan acara ini sebagai peluang penting untuk membuka ruang kerjasama baharu serta mengangkat visi bersama ke arah sambungan, pertumbuhan ekonomi dan mobiliti lestari ASEAN.

“Kami berbesar hati menerima Honda Malaysia sebagai Rakan Rasmi Kenderaan. Penyediaan armada EV canggih ini bukan sahaja melancarkan perjalanan para delegasi, malah menzahirkan tema tahun ini – Driving Innovation, Connecting Borders,” katanya.

.

View Original Article