Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

LocalCars
4 May 2026 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Image-2.jpeg

 Honda Malaysia kini mengukuhkan kedudukannya sebagai raja teknologi hibrid di negara ini melalui pelancaran kempen “Hybrid Done Right”. Bukan sekadar promosi biasa, Honda tampil dengan pengumuman yang bakal merubah landskap pemilikan kenderaan hibrid di Malaysia.

Waranti 10 Tahun: Bukti Ketahanan e:HEV

Bermula 1 Mei 2026, bagi pelanggan yang membeli Honda e: HEV,  Honda menawarkan  jaminan luar biasa untuk bateri dan komponen hibrid selama 10 tahun dengan perbatuan tanpa had. Ini merupakan peningkatan signifikan yang membuktikan keyakinan jitu Honda terhadap ketahanan sistem e:HEV mereka.

Model yang layak untuk jaminan 10 tahun ini termasuk:

City & City Hatchback e:HEV

HR-V e:HEV

Civic e:HEV

New CR-V e:HEV

Berita Gembira Buat Pemilik Lama (i-DCD & e:HEV)

Anda pemandu setia Honda Jazz, City, atau HR-V generasi hibrid i-DCD? Honda tidak melupakan anda!

Lanjutan Waranti: Jaminan bateri hibrid dilanjutkan dari 8 tahun kepada 10 tahun.

Komponen Hibrid: Perlindungan bagi komponen terpilih kini digandakan kepada 10 tahun (berbanding 5 tahun sebelum ini).

Pemilik Kereta Terpakai Pun Dapat Manfaat!

Ini adalah game-changer dalam pasaran automotif. Honda Malaysia mengesahkan bahawa perlindungan jaminan ini boleh dipindahkan kepada pemilik kedua. Jika anda membeli Honda hibrid terpakai, anda masih layak menikmati baki jaminan sehingga tahun ke-10. Langkah ini pastinya akan melonjakkan lagi nilai jualan semula (resale value) kenderaan Honda.

Bertindak Sekarang!

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki teknologi masa hadapan dengan jaminan yang melindungi pelaburan anda untuk sedekad akan datang.

Hubungi: 1-800-88-2020 (Talian Bebas Tol Honda)

Layari: www.honda.com.my

Kunjungi: Bilik pameran Honda terdekat untuk sesi pandu uji!