Honda Mempatenkan Sistem Beg Udara Untuk Motosikal

TechnologyDigitalCars
8 Mar 2023 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Motosikal menyumbang kepada jumlah kematian tertinggi dalam kemalangan di Malaysia tahun lalu. Masalah dengan motosikal ialah sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan tiada struktur yang boleh mempertahankan penunggang daripada kecederaan serius. Honda sebagai pengeluar motosikal nombor satu dunia walau bagaimanapun telah mempatenkan sistem beg udara untuk menyelesaikan isu ini.

image is not available

Paten menunjukkan beg udara diletakkan pada bahagian tempat duduk. Apabila diaktifkan, beg udara mengembang untuk melindungi bahagian dada dan belakang penumpang motosikal. Beg udara kemudian kekal pada tubuh penunggang sekiranya mereka tercampak dari motosikal. Sistem direka untuk motosikal berkuasa tinggi dan juga untuk jenis skuter. Perbezaan terletak pada lokasi beg udara. Pada skuter ia diletakkan di belakang penunggang dan pada motosikal berkuasa tinggi ia di bahagian hadapan tempat duduk.

image is not available

Penggunaan beg udara pada motosikal Honda sebenarnya bukan idea baharu. Sistem ini sudahpun ditawarkan pada model Honda Gold Wing sejak 2006 dengan ia terpasang pada paparan instrumen motosikal berkuasa tinggi ini.

Dengan paten baharu difailkan, mungkin Honda akan akhirnya menawarkan sistem beg udara pada model motosikal lain keluaran mereka. Sementara ia menjadi realiti, terdapat alternatif seperti beg udara yang terbina di dalam seluar dan baju yang dipakai oleh penunanggang.