Honda ‘Pancung’ Lorong Secara Merbahaya Langgar Polis Trafik

LocalCars
26 Aug 2024 • 4:17 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Tindakan seorang pemandu kereta yang cuba ‘memancung’ atau menukar lorong dengan mengejut menyebabkan seorang anggota polis trafik mengalami kemalangan sehingga tercampak ke atas jalan raya.

Menerusi video kamera papan pemuka berdurasi 28 saat yang tular di media sosial, pada mulanya anggota polis trafik yang menunggang motosikal sedang berada di lorong paling kiri sekali.

Pada saat ke 23, kereta jenis Honda City berwarna kelabu dari arah kanan kelihatan terburu-buru ingin menukar lorong sehingga menyebabkan anggota polis itu tidak sempat berhenti lalu merempuh belakang kenderaan itu.

Kemalangan itu menyebabkan motosikal anggota polis itu berpusing beberapa kali sehingga dirinya tercampak ke atas jalan raya bersama barang-barang peribadinya.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Cheras namun keadaan sebenar anggota polis trafik itu tidak dapat dipastikan sehingga kini.