Honda Patenkan Sistem ADAS Untuk Motosikal

TechnologyCars
31 Dec 2025 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem ADAS kini menjadi standard pada kereta moden dengan ia membantu mengelakkan pemandu terkeluar daripada lorong, membrek kecemasan dan mengelakkan pelanggaran sisi daripada titik buta. Kini Honda telah mempatenkan sistem ADAS untuk motosikal bagi mengelakkan kemalangan.

image is not available

Paten difailkan menerusi WIPO menunjukkan sistem yang terdiri daripada kamera, sensor, aktuator, kawalan minyak dan kawalan brek. Dalam ilustrasi yang disertakan, sistem ADAS akan mengubah arah stereng motosikal apabila ia mengesan motosikal mungkin melanggar kenderaan di hadapan. Ini adalah kalo pertama Honda memfailkan paten untuk kenderaan dua roda.

Kewujudan paten tidak bermakna ia kan digunakan pada kenderaan sebenar dalam masa terdekat. Paten ini misalnya difailkan pada tahun 2021 tetapi hanya diterbitkan pada tahun dua bulan lalu. Dua tahun lalu mereka mempatenkan sistem beg udara untuk motosikal yang sehingga kini belum lagi digunakan.

View Original Article