Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Cars
9 Sep 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun. Model coupe sport hibrid ini ditawarkan dari harga JPY 6.179 juta (~RM176,105), lebih tinggi berbanding Civic Type R FL5.

Ciri Mekanikal Honda Prelude 2026

image is not availableimage is not available

Prelude menggunakan enjin hibrid e:HEV 4 silinder 2.0 liter dengan dua motor elektrik yang memberikan gabungan kuasa 181 hp dan tork 315 Nm. Seperti kebanyakan model Honda, ia menggunakan sistem pacuan roda hadapan (FWD) tetapi kali ini disertakan dengan teknologi Honda S+ Shift yang menyamai fungsi transmisi 8 kelajuan maya.

Mungkin kalah dari segi prestasi jika dibandingkan dengan Type R, Prelude menjanjikan tahap penggunaan bahan api yang jauh lebih efisien yang mana model ini boleh bergerak sejauh 23.6 km bagi setiap liter petrol yang dibakar.

Prelude 2026 dilengkapi sistem suspensi hadapan dua gandar yang dilaporkan diambil dari Type R FL5. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan sistem peredam adaptif terbaru (ADS), brek kaliper Brembo dan aci pacu (driveshaft) yang lebih kuat untuk mengurangkan masalah ketidakseimbangan kawalan stereng kerana tork (torque steer) dan banyak lagi. Kesemua ciri ini meningkatkan kestabilan dan keselesaan pemanduan.

Rekaan Luar & Dalam Yang Menyerlah

image is not availableimage is not available

Dari segi rekaan, Prelude hadir dengan lampu depan LED penuh bersama fungsi suluhan tinggi automatik. Sudut belakang juga dipasangkan dengan lampu LED yang direka halus dan panjang, menyerlahkan gaya futuristik. Gayanya diserlahkan dengan aksen hitam dan biru, serta rim aloi berukuran 19 inci.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Empat warna badan ditawarkan iaitu Moonlight White Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl dan Flame Red.

image is not available

image is not availableimage is not available

Di dalam, pengguna di negara Jepun dapat menikmati skrin infotainmen utama berukuran 9 inci yang dilengkapi perisian Google, meter digital 10.2 inci yang lebih besar, sistem audio Bose 8 speaker, tempat duduk dalam balutan Alcantara, stereng dalam balutan kulit, kawalan suhu dwi-zon dan banyak lagi.

Pakej Penggayaan Mugen: Lebih Ganas & Sporty

image is not available

Honda Prelude 2026 dengan kit badan Mugen

Syarikat penalaan rasmi Honda, Mugen, menawarkan pakej peningkatan khas yang menjadikan model ini kelihatan lebih sporty. Pakej ini termasuk kit badan gentian karbon dengan splitter hadapan dua bahagian, skirt sisi dengan sirip aerodinamik, penutup dan lapisan filem kalis air untuk cermin sisi, sambungan bampar belakang yang disepadukan dengan diffuser serta spoiler belakang tiga bahagian.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Kit gentian karbon ini turut termasuk rim aloi BBS 19 inci yang lebih ringan 4 kg berbanding versi standard.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Tidak terhenti di situ, aspek prestasi juga dapat ditingkatkan dengan sistem ekzos sport khas bersama muffler yang lebih besar, pad brek Mugen Type S dan peredam prestasi Mugen.

Ruang kabin juga boleh diubah suai dengan karpet berlogo Mugen (yang sama turut ditawarkan untuk ruang but) dan pelindung ambang pintu Mugen.

image is not available

Harga terperinci untuk kit badan gentian karbon Mugen masih belum diumumkan, namun rim BBS berharga JPY 176,000 (~RM5,016) seunit, manakala pad brek dan peredam masing-masing berharga JPY 52,800 (~RM1,504) dan JPY 143,000 (~RM4,075).