Honda Prelude Terbaru Dilancarkan Pada Harga RM278,00

LocalCars
11 Jun 2026 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honda Prelude Terbaru Dilancarkan Pada Harga RM278,00

​Honda Malaysia secara rasmi telah menghidupkan semula nama ikonik yang amat dirindui peminat automotif dengan melancarkan Honda Prelude Serba Baharu. Model generasi keenam ini membuat kemunculan sulungnya di Pertunjukan Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2026) dan ditawarkan pada harga RM278,000.

Image from: Honda Prelude Terbaru Dilancarkan Pada Harga RM278,00

Honda Prelude Serba Baharu direka sebagai sebuah grand tourer moden yang menggabungkan keseronokan memandu, keselesaan premium, dan praktikaliti harian. Kehalusan rekaannya dapat dilihat pada gril chrome hitam, lampu hadapan LED, lampu belakang combi LED dengan lensa merah, serta pemegang pintu jenis flush. Penampilan dinamik ini kemudiannya diserikan lagi dengan aksen biru pada bampar, rim aluminium 19-inci, dan angkup brek Brembo berwarna biru.

Image from: Honda Prelude Terbaru Dilancarkan Pada Harga RM278,00


​Dari aspek prestasi, Prelude Serba Baharu dikuasakan oleh rangkaian kuasa maju 2.0L e:HEV yang menghasilkan kuasa 184PS dan tork 315Nm untuk hantaran kuasa yang lancar dan cekap. Menariknya, model ini merupakan jentera pertama dalam barisan Honda Malaysia yang memperkenalkan S+ Shift Technology, iaitu sistem hibrid pacuan motor yang mengawal RPM enjin secara tepat ketika pecutan dan nyahpecutan demi memberikan maklum balas pemanduan yang lebih langsung serta penukaran gear yang lebih tajam.

Image from: Honda Prelude Terbaru Dilancarkan Pada Harga RM278,00


​Bagi memastikan pemanduan yang mantap dan meyakinkan, kenderaan ini mengadaptasi teknologi casis utama daripada model prestasi Type R, termasuklah suspensi strut paksi-kembar (dual-axis) di bahagian hadapan dan Adaptive Damper System. Kestabilan jentera ini ketika mengambil selekoh atau mengelak halangan turut diperkukuhkan oleh ciri Agile Handling Assist (AHA).

Image from: Honda Prelude Terbaru Dilancarkan Pada Harga RM278,00

Bagi orang ramai yang ingin melihat model ikonik ini dengan lebih dekat, anda boleh mengunjungi reruai pameran Honda di KLIMS 2026 yang turut menampilkan barisan model hibrid lain seperti Honda HR-V yang dilengkapi dengan kamera 360 darjah.