Honda Rugi Kali Pertama Sejak Hampir 70 Tahun

Business & FinanceCars
16 May 2026 • 1:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Honda Rugi Kali Pertama Sejak Hampir 70 Tahun

Honda Rugi Kali Pertama Sejak Hampir 70 Tahun

Honda Motor mencatatkan kerugian tahunan pertama dalam tempoh hampir 70 tahun sebagai syarikat listed disebabkan kos AS$9 bilion untuk merangka semula strategi pasaran EV mereka.

Selain itu, Honda juga terpaksa membatalkan sasaran jualan EV bagi tempoh jangka masa panjang mereka.

Laporan kewangan terburuk sejak Honda disenarai di pasaran saham sejak 1957 didedahkan dan menunjukkan model EV mereka sebagai faktor utama.

Baca juga:

Honda sebagai pengeluar kenderaan konvensional telah membuktikan betapa risikonya mempertaruhkan EV secara agresif apabila jualan terkini tidak memberangsangkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toshiro Mibe, Honda terpaksa membatalkan sasaran EV menyumbang satu per lima daripada jumlah jualan kereta baharunya menjelang 2030.

Seterusnya, terpaksa melupakan sasaran peralihan sepenuhnya kepada jualan EV dan Sel Bahan Api (Fuel Cell) menjelang 2040.

"Projek EV di Kanada juga digantung tanpa tempoh iaitu satu pelan pelaburan bernilai AS$11 bilion untuk mengeluarkan EV dan bateri yang sepatutnya jadi pelaburan terbesar syarikat automotif kedua terbesar Jepun itu," tambah Mibe.

Kerugian operasi Honda berjumlah 414.3 bilion yen (AS$2.63 bilion) bagi tahun kewangan berakhir Mac, berbanding anggaran median kerugian 315.6 bilion yen.

Ini hasil tinjauan yang melibatkan 22 penganalisis oleh LSEG dan keuntungan 1.2 trilion yen yang dicatatkan setahun sebelumnya.

Honda merekodkan jumlah kerugian berkaitan EV sebanyak 1.45 trilion yen bagi tahun kewangan berakhir Mac.

Selain itu, menjangkakan kos tambahan sebanyak 500 bilion yen lagi untuk tahun kewangan yang baru bermula.

Bagaimanapun, syarikat itu masih menjangkakan kembali mencatat keuntungan tahun ini dengan unjuran keuntungan 500 bilion yen hasil langkah pengurangan kos dan prestasi kukuh perniagaan motosikalnya.

"Perniagaan motosikal akan meningkatkan kapasiti pengeluaran di India ... dan menyasarkan jualan tertinggi dalam sejarah sebanyak 22.8 juta unit," kata Honda dalam penyata pendapatannya.

View Original Article