Honda Vario 160 Kini Lebih Bergaya Dengan Tiga Pilihan Warna Baharu

LocalCars
26 Jul 2026 • 1:37 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Honda Vario 160 Kini Lebih Bergaya Dengan Tiga Pilihan Warna Baharu

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) memperkenalkan tiga pilihan warna baharu untuk Honda Vario 160, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat skuter premium di Malaysia.

Pilihan warna baharu yang diperkenalkan ialah Matte Black, Silver Blue dan Gray Gold, dengan harga jualan disyorkan RM10,498 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Sejak diperkenalkan, Honda Vario 160 terus menjadi antara model skuter pilihan rakyat Malaysia menerusi gabungan reka bentuk sporty, teknologi moden dan kebolehpercayaan Honda. Penawaran warna baharu ini dijangka mampu menarik lebih ramai pengguna yang menantikan pilihan warna yang lebih eksklusif.

Dari segi prestasi, Vario 160 masih menggunakan enjin 157cc eSP+ (enhanced Smart Power Plus) yang menawarkan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan penggunaan bahan api. Model ini turut menerima pensijilan Energy Efficient Vehicle (EEV) serta penarafan 5-Bintang Malaysia Motorcycle Assessment Programme (MyMAP).

Aspek keselamatan dan kemudahan juga kekal menjadi keutamaan dengan ciri seperti Anti-lock Braking System (ABS), Honda Smart Key, lampu LED penuh, ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 18 liter, serta rangka Enhanced Smart Architecture Frame (eSAF) yang direka untuk memberikan tunggangan lebih stabil tanpa menambah berat keseluruhan motosikal.

Menurut Kunitomo Asano, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd., pilihan warna baharu ini ditawarkan khusus kepada mereka yang sebelum ini menunggu tona warna yang sesuai sebelum membuat keputusan memiliki Honda Vario 160.

Honda Vario 160 dengan warna baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Honda Impian X di seluruh negara.

Setiap pembelian turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu). Pemilik juga boleh menggunakan aplikasi Honda X untuk menyemak rekod servis, menerima peringatan penyelenggaraan dan mengakses maklumat jaminan dengan lebih mudah.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi www.boonsiewhonda.com.my atau di mana-mana pengedar sah Honda Impian X.

The post Honda Vario 160 Kini Lebih Bergaya Dengan Tiga Pilihan Warna Baharu appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved