
Hong Leong Bank Priority Perluas Tawaran dengan Servis Kesihatan Khusus
Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) telah memperkenalkan satu komponen baharu dalam tawaran pelanggannya melalui pengenalan elemen penjagaan kesihatan khusus, menerusi inisiatif “Health is Wealth” di bawah penambahbaikan HLB Priority.
Langkah strategik ini mengiktiraf bahawa kesejahteraan kewangan jangka panjang berkait rapat dengan kesihatan fizikal, sekali gus mengubah hubungan perbankan daripada sekadar transaksi kewangan kepada pendekatan menyeluruh yang merangkumi kesihatan dan kesejahteraan.
Sebagai teras kepada visi yang diperluas ini, satu kerjasama penting telah dimeterai dengan Asia OneHealthcare (“A1Health”), penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di Malaysia. Melalui kerjasama ini, pelanggan HLB Priority akan mendapat akses kepada rawatan khusus dalam bidang kesihatan kritikal menerusi rangkaian hospital dan pusat kepakaran A1Health yang dipilih secara teliti.
Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan daripada lima institusi perubatan pakar terkemuka di Malaysia dalam satu ekosistem. Ini termasuk ALTY Orthopaedic Hospital untuk rawatan mobiliti, Beacon Hospital dan Picaso Hospital bagi perkhidmatan onkologi, serta Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (“CVSKL”) dan Northern Heart Hospital untuk kesihatan kardiovaskular.
Pendekatan ini memberi fokus kepada aspek kesihatan kritikal yang relevan, memastikan pengurusan kesihatan proaktif diberi perhatian setara dengan perancangan kewangan jangka panjang.

Jeffrey Yap, Pengarah Urusan dan Ketua Serantau Pengurusan Kekayaan HLB berkata, “Walaupun fokus utama kami adalah membantu pelanggan mengurus lima teras utama kekayaan iaitu Pemeliharaan, Pendapatan, Pertumbuhan, Kepelbagaian dan Legasi, kami percaya tanggungjawab ini kini perlu melangkaui aspek kewangan. Dengan mengintegrasikan akses kepada penjagaan kesihatan khusus, kami memperluaskan keupayaan untuk menawarkan sokongan yang lebih proaktif dan relevan."
"Dalam persekitaran pantas hari ini, masa adalah aset paling berharga dan kesihatan merupakan pelaburan paling penting. Melalui kerjasama dengan A1Health, kami menyediakan akses kepada sistem penjagaan kesihatan yang setanding dengan kepakaran profesional pengurusan kekayaan kami, membolehkan pelanggan menikmati kehidupan dengan lebih sihat dan tenang sambil membina legasi mereka.”
Melalui inisiatif “Health is Wealth” ini, pelanggan HLB Priority boleh mendapatkan akses terus kepada konsultasi pakar dalam bidang ortopedik, onkologi dan kardiologi, selain saringan kesihatan yang disesuaikan mengikut keperluan peringkat kehidupan masing-masing.
Dr. Chan Boon Kheng, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan A1Health berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan HLB Priority untuk membawa kecemerlangan perubatan khusus kepada pelanggan mereka."
"Dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan kesihatan kritikal seperti rawatan mobiliti, onkologi dan kardiologi, kami berhasrat membantu golongan profesional masa kini bukan sahaja membina legasi yang kukuh, malah menikmati kesihatan, kecergasan dan ketenangan untuk menghargainya sepenuhnya.”

“Kerjasama ini akan menjadi asas penting kepada inisiatif penjagaan kesihatan kami, di samping melengkapkan program lain dalam rangkaian HLB termasuk hospital Columbia Asia, Subang Jaya Medical Centre serta rakan hospital tertiari lain dalam rangkaian A1Health,” tambah beliau.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Bank turut melancarkan siri bengkel “Health is Wealth” di seluruh negara di pusat perbankan HLB Priority. Sesi ini memberi peluang kepada pakar perubatan terkemuka untuk berkongsi pandangan praktikal mengenai kesihatan ortopedik jangka panjang dan kesejahteraan kardiovaskular, di samping menyediakan pemeriksaan kesihatan asas di lokasi."
"Lebih banyak sesi akan dianjurkan pada masa akan datang. Pelanggan juga boleh menantikan pelbagai keistimewaan eksklusif serta pakej perubatan yang disesuaikan di rangkaian A1Health dalam masa terdekat.
Untuk maklumat lanjut mengenai HLB Priority yang diperbaharui, sila layari https://www.hlb.com.my/en/priority-banking.html

