Hong Leong tawar penangguhan bayaran enam bulan bagi pelanggan terjejas banjir

LocalBusiness & Finance
29 Nov 2024 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bank juga menawarkan penggantian percuma bagi dokumen bank seperti kad debit, kad kredit, cek dan penyata bank yang rosak atau hilang akibat banjir. Gambar fail

KUALA LUMPUR - Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank menawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan untuk kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kad kredit bagi pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Pengarah Urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam berkata, kumpulan itu menyasarkan untuk meringankan beban kewangan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan mikro melalui program bantuan banjirnya.

Bank juga menawarkan penggantian percuma bagi dokumen bank seperti kad debit, kad kredit, cek dan penyata bank yang rosak atau hilang akibat banjir.

Bagi pelanggan PKS dan mikro-perusahaan sedia ada, pembiayaan tambahan akan disediakan kepada mereka yang memerlukan modal kerja untuk memudahkan pemulihan perniagaan mereka akibat banjir.

Pelanggan hanya perlu memberikan nama pemegang akaun, nombor kad pengenalan, nombor akaun, nombor telefon, alamat e-mel, alamat lokasi yang terjejas banjir, dan gambar situasi banjir mereka.

Mereka boleh menghubungi 03 7959 1888, atau kunjungi cawangan bank terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Pelanggan PKS dan korporat digalakkan untuk menghubungi Pengurus Perhubungan mereka untuk bantuan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Bantuan Bantuan Banjir, sila layari https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/flood-customer-relief-assistance.html. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved