Hong Seng disaman atas dakwaan langgar cap dagang 'HS' dan kelirukan identiti korporat

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2025 • 4:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hong Seng disaman atas dakwaan langgar cap dagang 'HS' dan kelirukan identiti korporat

image is not available

06/08/2025 - 16:05

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Hong Seng Consolidated Bhd dan anak syarikat milik penuhnya, HKL Dynamics Sdn Bhd berdepan saman pindaan oleh Hong Seng Assembly Sdn Bhd dan Hong Seng Motor Sdn Bhd berhubung dakwaan pelanggaran cap dagang dan kekeliruan jenama.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, writ saman dan penyataan tuntutan yang dipinda bertarikh 5 Ogos itu mendakwa defendan telah melanggar cap dagang berdaftar “HS” (TM2019018316) milik plaintif, selain cuba menyamar sebagai entiti yang berkaitan secara langsung dengan syarikat asal.

Dalam tuntutan itu, plaintif memohon pelbagai perintah mahkamah termasuk pengisytiharan rasmi, injunksi untuk menghentikan sebarang penggunaan atau gambaran yang mengelirukan, pemadaman kandungan dalam talian berkaitan cap dagang tersebut, serta menyerahkan bahan-bahan berkaitan untuk dimusnahkan.

image is not available

Selain itu, plaintif turut menuntut agar Hong Seng dan subsidiarinya menukar nama syarikat masing-masing, menarik balik permohonan cap dagang TM2021032839, serta membayar ganti rugi termasuk pampasan teladan dan kos guaman.

Hong Seng dalam maklum balasnya berkata, tindakan saman itu dijangka tidak memberi sebarang kesan material terhadap kedudukan kewangan mahupun operasi syarikat bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2025.

Syarikat itu turut memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan nasihat guaman sewajarnya dan pengurusan kes ditetapkan berlangsung pada 24 September 2025 secara dalam talian.- DagangNews.com

standard