Honor 200 Dan 200 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM1,899

TechnologyDigital
19 Jun 2024 • 8:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor 200 dan 200 Pro telah dilancarkan di Malaysia pada hari ini. Menariknya kali ini, Honor bekerjasama dengan Studio Harcourt yang merupakan sebuah studio fotografi terkenal di Paris bertujuan meningkatkan pengalaman potrait ke tahap lebih baik. Selain itu, Honor juga menyertakan pelbagai ciri AI yang dioptimumkan pada peranti bahauru ini untuk produktiviti lebih baik.

image is not available

image is not available

image is not available

Honor 200 Pro menggunakan skrin AMOLED Quad-Curved Floating Display FHD+ 120Hz sebesar 6.78-inci. Paparan juga boleh memaparkan sehingga 1.07 bilion warna dan kecerahan puncak 4,000nits. Cip Snapdragon 8s Gen 3 digunakan menggabungkan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

image is not available

image is not available

image is not available

Melengkapinya ialah sistem operasi MagicOS 8.0 (berasaskan Android 14) dengan model kecerdasan buatan AI terbina pada sistem untuk beberapa ciri lebih baik. Misalnya seperti Magic Portal, Magic Capsule, AI Circadian Night Display, AI Natural Tone 2.0, AI Motion Sensing Capture dan AI Blur Private Info.

image is not available

image is not available

image is not available

Tri-kamera digunakan terdiri dengan sensor lebar 50MP (f/1.9), telefoto 50MP (f/2.4) dan ultra-lebar 12MP (f/2.2) dengan OIS. Ia juga menyediakan pelbagai mod tangkapan terbina seperti Moving Photo, Portrait, Time-lapse, Filter, Capture smiles, Mirror reflection, HIGH-RES dan multi-video. Selain turut boleh merakam video maksimum 4K dengan penstabilan terbina diberikan. Kamera swafoto pula sebesar 50MP (f/2.1).

image is not available

image is not available

Ciri lain yang ada pada peranti ialah bateri silikon karbon 5,200mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 66W. Selain itu mempunyai pembesar suara stereo dengan Honor Histen 7.1, NFC, IR blaster dan piawaian kalis air IP65.

image is not available

image is not available

Honor 200 pula dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED Equal-Depth Quad-Curved dengan kadar segar semula 120Hz. Paparannya juga boleh memaparkan sehingga 1.07 bilion warna dan kecerahan puncak 4000nits. Ia kemudiannya dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 3, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.

image is not available

Bateri silikon-karbon 5200mAh disertakan boleh dicas semula dengan pengecasan berwayar 100W. Namun begitu tiada sokongan pengecasan nirwayar disediakan. Melengkapi peranti ialah tri-kamera utama 50MP (lebar) + 50MP (telefoto) + 12MP ultra-lebar yang juga boleh merakam video 4K. Diikuti juga kamera swafoto 50MP dan pembesar suara stereo yang menyokong Honor Histen 7.1.

image is not available

image is not available

Bagi yang berminat, Honor 200 dijual di Malaysia dengan harga RM1,899 (12/256GB) dan RM2,199 (12/512GB). Sementara itu, Honor 200 Pro pula berharga RM2,699 (12/512GB) sebuah. Pratempahan boleh dibuat sekarang dan berpeluang membawa pula hadiah percuma sehingga RM1,078. Ianya termasuk 10 kali ganda pulangan deposit bernilai RM200, Honor Earbuds X6 dan jaminan pelindungan skrin retak selama setahun.

image is not available

image is not available