Honor 200 Lite 5G Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM1,299

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor 200 Lite diumumkan secara rasminya di Malaysia dengan harga jualan RM1,299 sebuah. Peranti menawarkan spesifikasi kelas pertengahan dengan fokus terhadap tubuh tahan lasak, kamera besar 108MP dan skrin AMOLED yan terang. Ketersediaan adalah melalui laman web, kedai serta pengedar sah Honor Malaysia bermula 26 Julai 2024.

image is not available

Untuk spesifikasi Honor 200 Lite dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dijana oleh cip Mediatek Dimensity 6080 yang bemakna turut menawarkan sokongan 5G terbina. Pilihan memori terdiri dengan 8GBR AM dan storan dalaman 512GB selain dimuatkan juga bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 35W.

Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 108MP (utama) + 5MP (lebar dan kedalaman) + 2MP (makro). Diikuti dengan kamera swafoto 50MP dengan sokongan autofokus. Peranti juga menawarkan sokongan pengimbas cap jari sisi. Di samping menjalankan pelancar baharu MagicOS 8.0 yang dibina berasaskan Android 14.