Honor 500 dan 500 Pro Diperlihatkan Dengan Rekaan Kacukan iPhone Air dan Pixel

TechnologyDigital
7 Nov 2025 • 4:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kekurangan iPhone Air terletak pada ketiadaan kamera sekunder di belakang dan bateri kecil. Kekurangan Pixel pula ialah pemproses yang tidak bertenaga. Honor 500 dan 500 Pro akan dilancarkan di China kelak dengan ia nampaknya akan menyelesaikan isu-isu Pixel dan iPhone Air serta pada waktu yang ia kelihatan seperti hasil kacukan dua peranti ini.

image is not available

Rekaan sebenar Honor 500 dan 500 Pro telah diperlihatkan di China. Dari belakang ia menggabungkan bonggol kamera Pixel 10 dengan lensa kamera iPhone Air. Honor 500 dilengkapi dwi kamera sementara 500 Pro pula dilengkapi tri-kamera yang bersaiz besar.

image is not available

Honor 500 Pro dipercayai dilengkapi skrin 6.55″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Elite, kamera utama 200+50+64 MP, kamera swafoto 50MP, kemampuan kalis air IP69 dan bateri 8000 mAh dengan pengecasan 80W.

Honor 500 pula dilengkapi skrin 6.55″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8s Gen 3, kamera utama 200+50MP, kamera swafoto 50MP, kemampuan kalis air IP69 dan bateri 8000 mAh dengan pengecasan 80W.

Kedua-dua peranti mungkin dilancarkan penghujung bulan ini atau awal bulan Disember di China terlebih dahulu.