Honor Malaysia hari ini memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baharu dibawah mereka, iaitu Honor 600 Lite. Honor mengatakan telefon ini membawakan rekabentuk premium, serta rekaan diinspirasi oleh iPhone.

Honor 600 Lite hadir dengan skrin 6.6-inci , dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 7100 Elite, bateri berkapasiti 6520mAh, dan sokongan kalis air dan debu IP66. Honor 600 Lite turut hadir dengan pensijilan SGS 5-Star Drop Resistance untuk memperlihatkan binaan kukuh dan tahan apabila ia terjatuh. Honor 600 Lite hadir dengan kamera utama 108-megapixel di belakang, selain turut menyertakan sokongan penyuntingan gambar dikuasakan kecerdasan buatan.
Menguasakan ia adalah MagicOS 10 berasaskan Android 16. Disamping itu, ia turut menyertakan sebuah Butang AI pada bahagian tepi untuk akses pintas ke kamera, atau ke ciri berasaskan kecerdasan buatan termasuk Honor AI.

Di Malaysia, Honor 600 Lite ditawarkan pada harga RM1,399. Untuk masa terhad, Honor turut menawarkan jaminan lanjutan 1+1 tahun secara percuma untuk setiap pembelian.

