Honor 70 Icelandic Frost Berharga RM1999 Di Malaysia – Kad Touch ‘n Go (NFC) Edisi Terhad Diberi Percuma

TechnologyDigital
25 Oct 2022 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor 70 telah dilancarkan di Malaysia sebagai sebuah telefon pintar Android kelas pertengahan dengan rangkaian 5G menerusi janaan cip Snapdragon 778+. Turut disertakan adalah gabungan rekaan dan kemasan tubuh peranti yang menarik dengan pilihan warna seperti Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black.

image is not available

Bagaimanapun, kini terdapat satu lagi pilihan warna baharu diberikan iaitu Icelandic Frost sekaligus menjadikan keseluruhannya tersedia dalam empat kemasan warna. Berbeza dengan pendahulunya, warna baharu ini dilengkapi kemasan cerun dengan campuran warna biru dan merah jambu. Konsepnya tampak ringkas dan minimalis tetapi cantik, selain mampu menyerlahkan setiap sisi telefon pintar itu sendiri.

image is not available

Bagi yang berminat, ia boleh dibeli pada RM1999 bermula 28 Oktober 2022 menerusi kedai atas talian dan pengedar sah rasmi Honor Malaysia. Setiap pembelian didatangkan dengan seunit Honor Band 6, jaminan waranti tambahan selama satu tahun dan kad Touch n’ Go (NFC) edisi terhad secara percuma.

image is not available

Sekadar makluman, kad Touch n’ Go (NFC) edisi terhad ini adalah kerjasama eksklusif di antara Honor Malaysia dan Touch n’ Go. Kemasan yang diketengahkan padanya adalah sepadan dengan warna sebuah Honor 70 Icelandic Frost, di samping terdapatnya penjenamaan bersama Honor dan Touch n’ Go.