Honor 700 Pro, 700 dan 700S Dilancarkan Dengan Skrin Sekunder

TechnologyDigital
24 Nov 2026 • 10:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiga peranti Honor 700 Pro, Honor 700s dan Honor 700 telah dilancarkan di China semalam masing-masing dengan ciri menarik skrin sekunder pada bahagian belakang serta pengimbas cap jari terbina yang sudah lama tidak diberikan pada telefon pintar moden.

Image from: Honor 700 Pro, 700 dan 700S Dilancarkan Dengan Skrin Sekunder

Kita mulakan dengan Honor 700 Pro yang adalah versi paling mercu dengan skrin utama 6.57″ AMOLED 120Hz, skrin sekunder 1.59″ AMOLED, dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 5, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 9000 mAh dengan pengecasan 80W berwayar serta 50W nirwayar.

Kamera pula terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP dengan OIS, ultra lebar 12MP dan telefoto periskop 50MP juga dengan OIS. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 50MP. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP69K.

Image from: Honor 700 Pro, 700 dan 700S Dilancarkan Dengan Skrin Sekunder

Honor 700 pula yang adalah versi pertengahan dengan skrin utama 6.57″ AMOLED 120Hz, skrin sekunder 1.59″ AMOLED, dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 9000 mAh dengan pengecasan 80W berwayar sahaja.

Kamera pula terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP dengan OIS, ultra lebar 12MP dan telefoto periskop 50MP juga dengan OIS. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 50MP. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP69K.

Image from: Honor 700 Pro, 700 dan 700S Dilancarkan Dengan Skrin Sekunder

Akhir sekali Honor 700s hadir skrin utama 6.57″ AMOLED 120Hz, skrin sekunder 1.59″ AMOLED, dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 4, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 9000 mAh dengan pengecasan 80W berwayar sahaja.

Image from: Honor 700 Pro, 700 dan 700S Dilancarkan Dengan Skrin Sekunder

Kamera pula terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP dengan OIS, dan ultra lebar 12MP d. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 50MP. Tubuh peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP69K.

Image from: Honor 700 Pro, 700 dan 700S Dilancarkan Dengan Skrin Sekunder

Ketiga-tiganya menggunakan sistem operasi MagicOS 11 berasaskan Android 17 dengan sokong 6+6 tahun untuk versi sistem operasi serta tampalan sekuriti. Skrin di belakang boleh digunakan sebagai viewfinder kamera, menunjukkan haiwan peliharaan maya dan memaparkan notifikasi serta waktu. Pada bonggol kamera pengimbas nadi serta kandungan oksigen dalam darah juga disertakan sekali.

Hara jualan Honor 700 Pro bermula RMB 4599 (~RM 2834) untuk 12/256GB, Honor 700 pula bermula RMB 3699 (~RM 2286) untuk 12/256GB dan Honor 700s pula bermula RMB 3399 (~RM 2100) untuk 12/256GB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved