Honor 80 SE Diperkenalkan Dengan Dimensity 900, Kamera 64MP, Pengecasan 66W

TechnologyDigital
23 Nov 2022 • 6:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor 80 SE turut sama diperkenalkan sebentar tadi dengan spesifikasi kelas pertengahan. Melaluinya, ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 900 sekaligus menjadikannya menyokong rangkaian 5G secara terbina.

image is not available

Seterusnya, skrin yang digunakan adalah melengkung sejenis OLED sebesar 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Gabungan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256B turut disertakan pada peranti ini. Kapasiti bateri pula 4,600mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 66W.

image is not available

Turut disertakan adalah sistem tri-kamera di belakang dengan tetapan 64MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), di samping kamera swafoto sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, sokongan Bluetooth 5.1, pembesar suara mono dan pengimbas cap jari pada skrin.

image is not available

Untuk harga, Honor 80 SE dijual di China bermula RMB2399 (~RM1533) (8GB/256GB) dan RMB2699 (~RM1725) (12GB/256GB). Tiada maklumat mengenai ketersediaannya yang diketahui setakat ini.