Honor 90 Lite 5G Dengan Kamera 100MP Berharga RM1099 Di Malaysia

TechnologyDigital
20 Jul 2023 • 8:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor 90 Lite juga merupakan salah satu peranti baharu yang dilancarkan pada hari ini. Pengenalannya secara tidak langsung menyediakan satu lagi pilihan baharu untuk peranti 5G di Malaysia.

image is not available

image is not available

Honor 90 Lite dilengkapi dengan skrin LCD sebesar 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan lagi dengan cip MediaTek Dimensity 6020, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB yang menjadi tunjang utamanya.

image is not available

Turut disertakan adalah tri-kamera utama 100MP + 5MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP. Kapasiti bateri pula sebesar 4,500mAh dengan sistem pengecasan 22.5W. Lain-lain spesifikasi termasuklah rangkaian 5G, pengimbas cap jari sisi, bluetooth 5.3 dan menjalankan MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.

image is not available

Bagi yang berminat peranti ini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM1099 sebuah. Ketersediaan adalah bermula 22 Julai menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia dan hadiah bernilai RM258 turut diberikan secara percuma.

image is not available