Honor Band 7 Dilengkapi Skrin AMOLED Dan Bateri Hingga 2 Minggu

TechnologyDigital
27 Dec 2022 • 9:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor juga terkenal sebagai salah satu pengeluar untuk peranti boleh pakai. Sehingga kini, mereka telah menghasilkan pelbagai peranti boleh pakai dengan fokus tersendiri. Terkini, Honor Band 7 telah diumumkan sebagai seutas lagi penjejak kesihatan baharu daripadanya sebagai pengganti kepada Band 6 sebelum ini.

image is not available

Boleh dikatakan, tiada perubahan besar yang dibuat sebaliknya Honor Band 7 masih membawakan elemen yang serupa dengan generasi sebelum ini. Melaluinya, ia dilengkapi skrin AMOLED memanjang bersama tali sejenis silikon. Saiz adalah sebesar 1.47-inci yang dipadankan dengan pelindungan kaca melengkung 2.5D. Turut disertakan adalah butang fizikal khusus pada sisi kanan untuk kawalan tambahan.

image is not available

Seterusnya, ia turut memuatkan sensor penjejakan kesihatan dan kecergasan yang biasa ditemui pada seutas penjejak kesihatan sedia ada. Ini termasuklah pemantauan degupan jantung sepanjang hari, pemantauan oksigen dalam darah dan pengesanan waktu tidur. Sebanyak 96 pilihan mod sukan juga disediakan untuk kegunaan pelbagai aktiviti sukan.

Bateri yang disertakan mampu memberi ketahanan sehingga 14 hari penggunaan, yang kemudiannya boleh berkurang kepada 10 hari dengan penggunaan yang berat. Lain-lain spesifikasi termasuklah kawalan main baik muzik, sokongan pembayaran nirtunai dan penarafan kalis air 5ATM.

image is not available

Untuk harga, Honor Band 7 dijual pada RMB249 (~RM158) dan tiada maklumat mengenai ketersediaan di luar pasaran China yang diketahui setakat ini.