Honor Choice Earbuds X3 dilancar, menyaring hingar 40db dan hayat bateri 36 jam

Digital
5 Jan 2023 • 12:57 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain dua telefon pintar iaitu Honor X9a 5G dan Honor X7a, Honor Malaysia turut mengumumkan ketibaan fon putik telinga terbaru, Honor Choice Earbuds X3. Ia adalah fon putik dengan keupayaan penyaring hingar aktif (ANC) dan hayat bateri panjang sehingga 36 jam.

Harga dan tarikh jualan

Sama seperti model telefon yang baru dilancar, fon putik telinga Honor Choice Earbuds X3 akan dijual di Malaysia mulai hari Jumaat, 6 Januari 2023. Ia akan terdapat di atas talian, di Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

image is not available

Harga rasminya di Malaysia adalah RM249 dan ia adatang dalam dua pilihan warna iaitu putih dan kelabu. Tiada promosi pembelian awal disediakan untuk Honor Choice Earbuds X3.

Spesifikasi Honor Choice Earbuds X3

image is not available

Untuk harganya, fon putik telinga terbaru Honor ini menawarkan prestasi yang hebat. Teknologi ANC padanya boleh menyaring hingar sehingga 40db untuk memberi pengalaman mendengar yang lebih senyap daripada biasa. Di samping ANC, ia juga ada mod ‘awareness’ iaitu mendengar bunyi luar seperti tidak memakai fon putik.

image is not available

Hayat bateri juga sangat panjang, boleh digunakan sehingga 36 jam (ANC padam) atau 24 jam (ANC aktif). Mengecas bekas penyimpan dibuat menerusi USB-C, tiada sokongan pengecas wayarles. Pengecasan ringkas 10 minit, memberi masa penggunaan sehingga 2 jam.

image is not available

Sistem bunyi berkualiti tinggi dihasilkan menerusi Unit Pemandu sebesar 12mm. Ia menyokong teknologi bunyi seperti SBC, AAC dan Qualcomm aptX. Dengan Bluetooth v5.2, ia juga boleh bersambung ke 2 peranti serentak tanpa perlu memutuskan hubungan jika mahu menukar sambungan fon putik ke peranti lain.

Peminat kecergasan boleh menggunakan Honor Choice Earbuds X3 tanpa risau kerana ia kalis percikan air dan debu IP54. Tiada masalah dengan peluh atau hujan gerimis.

image is not available

Untuk kawalan, fon putik ini tidak menggunakan cara sentuhan biasa tetapi melalui picitan. Picit pada tangkai untuk menukar mod ANC, menjawab panggilan, atau melangkau lagu. Terdapat juga sensor pengesan yang boleh menghentikan lagi apabila fon putik dicabut dari telinga, dan memainkan semula apabila dimasukkan ke dalam telinga.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman produk Honor Choice Earbuds X3.

Bacaan Berkaitan