Trend peranti versi mini semakin popular. Paling menarik perhatian setakat ini adalah vivo X200 Pro Mini dengan skrin sebesar 6.31-inci. Saiznya yang kompak menyerupai pengalaman seperti memegang sebuah iPhone. Namun sayangnya ia tidak dijual di Malaysia.

Trend ini dilihat semakin meningkat apabila pengeluar lain juga dikatakan mengikut jejak yang sama. Misalnya ura-ura terkini menyatakan bahawa Honor juga akan menghasilkan peranti versi mini dalam segmen peranti mercu mereka. Ia dikatakan mempunyai skrin sebesar 6.3-inci menjadikan saiz hampir sama dengan peranti daripada vivo. Tubuh yang nipis dan ringan juga berpotensi digunakan melaluinya.
Buat masa ini, Honor masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan ini. Dengan ini dirasakan lebih baik jika kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura semata.

