Honor Earbuds 3i Diumumkan Dengan Ketahanan Bateri Hingga 32 Jam

TechnologyDigital
24 Nov 2022 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor kini hadir dengan set fon telinga nirwayar baharu menerusi Honor Earbuds 3i yang mengetengahkan rekaan jenis dalam telinga bertangkai. Ia dilihat klise kerana elemen yang digunakan adalah sama seumpama fon telinga keluaran Apple. Turut disertakan di sini adalah pod pengecasan bujur dengan pilihan warna serba putih.

image is not available

Seterusnya sepasan pemandu audio 10mm digunakan dengan sokongan pembatalan hingar berasaskan AI. Tiga mikrofon turut digunakan pada setiap tunas yang turut menyokong sensor sentuhan untuk kawalan gerak isyarat. Terdapat juga sokongan mod latensi rendah yang berguna untuk pengalaman permainan lebih baik. Di samping tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi sokongan Bluetooth 5.2.

image is not available

Bateri 410mAh juga digunakan dengan ketahanan maksimum mencapai 32 jam bersama bantuan pod pengecasan. Ia kemudiannya boleh berkurang kepada 10 jam menerusi fon telinga itu sendiri. Port USB-C juga disediakan untuk proses pengecasan semula yang mengambil masa kira-kira 1.5 jam untuk penuh.

Untuk harga, Honor Earbuds 3i dijual di China pada RMB499 (~RM313) untuk seunit. Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia yang diketahui setakat ini.