Honor Jenama Telefon Pintar Pertama Menyertakan Aplikasi MyDigital ID Secara Terbina

LocalTechnology
24 Sep 2025 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang semua sedia maklum, MyDigital ID merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyediakan identiti digital yang selamat dan juga dipercayai kepada rakyat. Hari ini, pihak Honor Malaysia dan MyDigital telah menandatangani satu memorandum persefahaman menjadikan Honor satunya jenama telefon pintar yang menyokong insiatif kerajaan untuk mengukuhkan lagi penggunaan identiti digital. Majlis menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Presiden HONOR South Pacific iaitu Justin Li dan Ketua Pengawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim.

image is not available

Melalui kerjasama ini, aplikasi MyDigital ID akan di pra-pasang ke dalam peranti terbaru dari Honor untuk memudahkan lagi pengguna mengakses aplikasi ini dengan segera dan juga mudah kepada perkhidmatan pengesahan identiti digital. Inisiatif ini juga langkah penting dalam menuju ke arah transformasi digital kerajaan yang menyasarkan 15 juta rakyat Malaysia yang mendaftar dengan sistem MyDigital ID menjelang akhir tahun ini.

image is not available

Selain itu, pihak Honor juga berbangga kerana dapat menjadi jenama telefon pintar pertama yang menyokong inisiatif kerajaan Malaysia sekali gus dapat mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk mencipta bersama penyelesaian perkongsian nilai kerjasama terbuka serta mentakrifkan semula interaksi manusia-peranti. Pada masa hadapan kedua pihak berharap dapat memperluaskan kerjasama seperti ini ke peranti dan platform lain yang terhubung untuk memberikan pengalaman yang baik mengakses MyDigital ID dengan mudah dan ringkas.  

image is not available

Kerjasama ini akan bermula dengan peranti Honor X9d 5G yang akan dilancarkan secara rasmi hari ini dan akan dilengkapi dengan aplikasi MyDigital ID yang telah siap dipasang. Pengguna boleh mendaftar biometrik mereka secara terus dalam aplikasi semasa proses pendaftaran untuk mengakses perkhidmatan lain dengan lancar. Justeru akan membantu mengurangkan risiko penipuan dan memastikan akses yang selamat kepada perkhidmatan.

image is not available

View Original Article